Cara Berkesan Nak Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning

Cara Berkesan Nak Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning

loading...

Mi kuning merupakan makanan yang diperkaya dengan karbohidrat yang dapat membekalkan sumber tenaga kepada badan. Tidak hairanlah jika mi kuning menjadi salah satu pilihan utama ramai orang selain daripada nasi.

Cara Berkesan Nak Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning
Cara Berkesan Nak Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning

Walaupun begitu, rasa kapur pada mi kuning menyebabkannya menjadi pahit dan secara tidak langsung telah memutuskan selera makan. Ramai antara kaum wanita yang mencari petua cara hilangkan rasa kapur pada mi kuning.


BACA JUGA:Cara Tanam Bayam Brazil Bersama Bawang Putih, Haiwan Perosak Tak Akan Datang!
loading...

Terdapat petua yang mudah sangat mudah dan berkesan untuk menghilangkan rasa kapur pada mi kuning ini. Jom kami kongsikan kepada anda petuanya.

Bahan-bahan :

Mi kuning
Gula pasir

Cara-cara :

1. Keluarkan mi kuning dari plastiknya dan basuh dengan bersih.

loading...


Keluarga

2. Ambil gula pasir dan gaulkan rata pada mi kuning. Biarkan selama setengah jam.

IMG_1890
Kredit Foto: Smartlicious

3. Setelah itu, bilas mi kuning tadi dengan air, kemudian letakkan ke dalam tapis.

Selain petua di atas, anda juga boleh merebus mi kuning terlebih dahulu sebelum di masak. Namun, perlu lebih berhati-hati supaya mi kuning yang direbus tidak terlalu kembang. Pastikan air betul-betul mengelegak dan panas, baru masukkan mi kuning.
Adanya petua ini, anda tidak perlu risau lagi dengan kapur yang ada pada mi kuning. Amalkan sahaja petua ini jika ingin memasak mi kuning. Pasti masalah kapur dapat diselesaikan.
Jika anda mempunyai petua lain untuk menghilangkan rasa kapur pada mi kuning boleh kongsikan kepada kami.
‘Sharing is caring.’



________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post