Peminat kek kukus mesti tahu kek yang satu ni. Kek kukus masam manis yang selalu mak-mak kita buat dulu.
Kek Kukus Masam Manis, Resepi Lejen Tak Jemu Dimakan |
BACA JUGA:5 Resepi Kek Minyak Sedap dan Senang Dicuba
loading...
RESIPI KEK KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
- 250 gram mentega
- 1/2 cawan gula halus
- 5 biji telur ayam
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 tin kecil susu pekat manis
- 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers (kisar halus)
- 1 sudu teh esen vanila
- Pewarna – ikut suka
- Haw Flakes secukupnya
loading...
CARA MEMBUAT
1. Putarkan mentega dan gula halus kembang.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan putar lagi
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian.
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.
TIP PENTING: Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
Selamat mencuba!
Kredit resipi: Masura Mastori via RASA.
Post a Comment