Hidayah Allah datang kepada sesiapa yang dikehendakinya melalui pelbagai cara. Seperti kisah seorang lelaki dari Jepun bernama Taki Takazawa.
BACA JUGA:8 Sebab Kenapa Ada Orang Asyik Rasa Sejuk Padahal Orang Lain Macam Biasa Je
loading...
Menyingkap semula kisah hidup, Takazawa mula mengenali Islam secara
tidak sengaja di wilayah Shibuya. Dia ketika itu melihat seseorang
dengan kulit dan janggut berwarna putih. Malah, individu itu juga
mengenakan pakaian dan serban yang berwarna putih.
loading...
”Orang itu kemudiannya memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat yang tertera bersama dia,” kata Takazawa.
Kalimat yang diucapkan Yakuza merupakan dua kalimah syahadah sekaligus
dia memeluk Islam dan mengubah namanya menjadi Sheikh Abdullah Taqy
Takazawa.
Setelah bergelar seorang mualaf, dia giat melakukan aktiviti dakwah di
negaranya. Takazawa yang dulunya mempelajari pelbagai agama untuk
mencari pegangan dalam hidup kini telah menemukan hidayah sebenar dengan
Islam.
Pada 2008, dia mendapat undangan pemerintah Arab Saudi untuk melaksanakan haji sebelum melanjutkan pelajaran di sana.
Selepas menghabiskan pengajian agama Islam di Arab Saudi, Takazawa
pulang ke negaranya dan diangkat menjadi Imam di sebuah masjid di daerah
Kabukicho, Tokyo.
Nama Takazawa menjadi terkenal kerana usaha dakwahnya dan dia kini
menjadi salah seorang di antara lima imam masjid besar di Jepun.
Ikuti kisah hidup Takazawa di sini:
Sumber: Ayojalanterus, Youtube via Siakapkeli.my via sehinggit
Post a Comment