KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember lalu.
BACA JUGA: Kereta Lama Selalunya Perlu Di ‘Overhaul’, Ini 4 Tanda-Tanda Awal Kereta Mula Nak Meragam
“KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan yang masih belum diluluskan, berada di dalam krlteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari ini. “Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang tertera jumlah keseluruhan gaji atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.
“Untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong permohonan mereka,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.
Jelasnya lagi, daripada jumlah keseluruhan 3.88 jvta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab seperti perbezaan nombor akaun bank, permohonan dibuat untuk ahli yang sudah pergi menghadap illahi atau ahli sudah pun berumur 55 tahun berikutan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.
“KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek keselamatan diambil kira bagi mengelakkan pihak ketiga atau penipu yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsv dan menj.ejaskan slmpanan persaraan ahli.
“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mend3dahkan mereka kepada penlpuan dan aktiviti penlpuan,” menurut kenyataan itu.
Dalam masa yang sama, mengambil kira situasi semasa C0VID-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar dan tidak perlu hadir di cawangan KWSP. Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun ini.
Sumber : BHOnline
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://mediabawang.net/awat-tu/
Pegawai Eksekutif KWSP Mejangkakan Rakyat Akan Miskin Tahap Papa Kedana Jika Mengeluarkan Wang Dalam Akaun 1. Ini Anggarannya Buat Orang Yang Sudah Keluarkannya.
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.
“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan. Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.
Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.
“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja. Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.
“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.
KUALA LUMPUR: Kebimbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 bukan hanya kerana kemerosotan dana organisasi pengurusan tabung persaraan itu, tetapi juga atas pertimbangan kepada masa depan pencarum. Ini kerana, mandat dan sasaran utama KWSP adalah menyediakan dana persaraan yang mencukupi buat setiap pencarum selepas persaraan.
Pakar kewangan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata kebimbangan KWSP adalah mengenai literasi pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat. Ini kerana, katanya, hasil kajian mendapati hanya 35 peratus rakyat Malaysia termasuk pencarum KWSP mempunyai literasi pengurusan kewangan yang baik iaitu kadar masih rendah.
Kerajaan wajar utamakan KWSP terbabit projek pembangunan, pelaburan
“Di Singapura kadar literasi pengurusan kewangan ini tinggi hingga 75 peratus yang mana tidak timbul kebimbangan mengenai pengurusan kewangan rakyat. Dalam hal ini, saya berpandangan kebimbangan bukan kepada dana yang ada dalam KWSP itu saja yang kini bernilai RM900 bilion. Tetapi mungkin perlu diambil kira adalah kecukupan wang persaraan pencarum kelak, kecukupan wang caruman dalam bentuk tunai juga perlu pertimbangan kerana ada yang digunakan dalam pelaburan ekuiti, dalam aset dan hartanah. Pelaburan sebegini memerlukan masa untuk dicairkan. Begitu juga sistem serta polisi sedia ada, sama ada ia boleh dipinda dengan cepat dan pantas tanpa mengakibatkan masalah lain,” katanya.Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak supaya kerajaan membenarkan rakyat yang kini terkesan akibat penularan COVID-19, mengeluarkan antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP mereka.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran itu walaupun menyedari cadangan itu dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan wabak berkenaan. Zaharuddin yang juga Profesor Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Selangor (UNISEL) berkata, beliau setuju pada masa ini ada keperluan mendesak dalam kalangan pencarum yang perlukan wang untuk berhadapan kehidupan yang mencabar pada masa pandemik. Namun katanya, jika hendak dibenarkan, lebih baik diberi secara bersasar kerana tidak semua yang sangat memerlukan wang berkenaan bagi meneruskan kehidupan kerana ada yang masih boleh bertahan.
“Dibimbangi ada yang melaburkan wang terbabit ke dalam skim cepat kaya atau lain-lain yang tidak benar-benar mendesak. Turut dibimbangi jika kebenaran pengeluaran secara terbuka diberikan walaupun pada kadar rendah mungkin antara satu hingga 10 peratus sekali pun, ada kebarangkalian ada pihak menyalahgunakannya. Jika dibenarkan (secara terbuka) perlu ada pengendalian dan syarat yang sesuai dan tidak dibuka kepada semua. Jika dibuka kepada semua tanpa dihadkan jumlah pengeluaran dibimbangi berlaku pengeluaran besar-besar yang akan mengganggu dana KWSP. Pada saya lebih baik tumpu pada skim pengeluaran sedia ada daripada kita mengambil daripada Akaun 1. Skim sedia ada diperluaskan saja dan pengeluaran dihalakan terus kepada jenis-jenis tambahan penerima yang diiktiraf seperti bayaran hospital, makanan asasi dan pendidikan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan akan memberi sedikit kelegaan kepada pekerja terutamanya bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan atau pekerja dibayar gaji harian dan upah yang lebih rendah. Namun, katanya ada risiko kepada pekerja dan negara termasuk menjejaskan simpanan pekerja untuk umur persaraan dan negara akan kehilangan dana pelaburan ekonomi. Dana pelaburan domestik akan terjejas yang seterusnya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang. Selain itu, dana KWSP juga digunakan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu sumber pinjaman dalam negara,” katanya. Sumber: FUH Sumber: Media Online News
Si Isteri Menangis Apabila Gagal Keluarkan Wang KWSP Suami Yang Telah Tiada. Bila Tunjuk Surat Apa Pun Semuanya Dah Jadi Tak Laku. Sekali Ini Respon Dari Perunding Takaful.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang perunding takaful mengenai seorang wanita yang gagal mengeluarkan wang EPF suaminya bertujuan membuka mata orang ramai akan pentingnya melakukan persediaan awal. Tiada siapa yang mampu meneka bilakah mereka akan dijemput menghadap pencipta-Nya.
Justeru, adalah digalakkan untuk setiap daripada kita khususnya ketua keluarga untuk melakukan persediaan awal bagi menghadapi apa jua kemungkinan andai kata dijemput secara mengejut. Mungkin ramai yang masih belum sedar atau menganggap ia isu yang tidak perlu dirisaukan, tetapi hakikatnya ketiadaan persedian awal daripada pihak suami atau ketua keluarga bakal menyebabkan timbulnya pelbagai masalah berkaitan urusan pembahagian harta sebagaimana yang dikongsikan seorang perunding takaful bernama Asyraf Zakhi ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Asyraf turut menceritakan kisah benar yang berlaku di mana seorang isteri tidak dapat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) milik suaminya yang sudah pergi menghadap illahi Hal tersebut berlaku kerana suami kepada wanita berkenaan tidak meletakkan penama di dalam akaun EPF miliknya dan wanita tersebut tidak mempunyai surat kuasa bagi tujuan pengeluaran wang berkenaan. Walaupun wanita berkenaan mengemukakan sijil kehilangan suaminya dan surat nikah, namun dokumen tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan pengeluaran wang EPF tersebut kerana sudah menjadi prosedur institusi kewangan itu.
“Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tahu tak surat kuasa tu menatang apa? Sila ingat ya. Sijil kehilangan dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka. Berlaku saja kehilangan dan setelah didaftarkan kehilangan tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si suami yang telah tiada itu. Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut,” katanya yang sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful. Jelasnya lagi, penama yang diletakkan di dalam akaun EPF itu juga bukan bermakna individu berkenaan berhak sepenuhnya ke atas tinggalan si suami itu, sebaliknya dia berperanan sebagai pengurus tadbir.
“Selalu orang ingat, letak penama maka terus penama dapat wang. Tapi sebenarnya, penama ini adalah pengurus tadbir. Ia ada beberapa peringkat proses lain. Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris. Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun. Selepas tahu jumlah wang, kena tolak hutang-hutang dulu, dan seterusnya proses mahkamah untuk pembahagian,” kata lelaki berusia 30 tahun ini.
Kwsp Bukan Macam Bank. Lepas Ramai Yang Pertikaikan Akhirnya Ketua Pegawai Kwsp Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Kenapa I Sinar Tak Boleh Lulus Automatik Untuk Semua Pencarum.
KUALA LUMPUR: Meskipun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhususkan untuk simpanan masa depan, namun institusi itu komited untuk membantu ahlinya dalam apa juga situasi khususnya ketika negara berdepan pandemik C0VID 19.
Menurut Ketua Pegawainya, Alizakri Alias, sehubungan itu, kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
“Kami faham situasi sekarang adalah waktu genting untuk kita menolong ahli-ahli untuk bertahan dan kita sebulat suara bersetuju mahu menolong ahli kita buat masa ini, usah cakap untuk masa hadapan.
“Itu sebab kita perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari untuk kita bantu mereka yang betul-betul terjejas aklbat C0VID-19,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI pada Khamis. Dalam pada itu, Alizakri menegaskan, KWSP bukan seperti institusi perbankan yang boleh mengeluarkan wang masing-masing pada bila-bila masa.
Sebaliknya, beliau berkata, tujuan penubuhan institusi itu bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak. “Memang saya tidak menafikan ini adalah duit ahli kita, tetapi KWSP bukan macam bank. Kalau macam bank, duit ahli boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
“Sebaliknya, KWSP ditubuhkan hampir 70 tahun lalu atas kebijaksanaan kerajaan terdahulu bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai wang yang cukup pada usia tua,” katanya. Selain itu, beliau menambah, KWSP juga memperkenalkan kadar penurunan caruman daripada 11 peratus kepada 7 peratus untuk membantu meringankan beban ahli dalam situasi sukar ini.
“Langkah itu bagi memastikan setiap ahli mempunyai lebihan wang untuk perbelanjaan harian. “Justeru, i-Sinar bukanlah suatu perkara yang perlu dilihat secara persendlrian, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh daripada program i-Lestari, penurunan kadar caruman dan sekarang i-Sinar,” jelasnya.
Keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar adalah berikutan perbezaan situasl yang dihadapi negara ketika ini. Ketua Pegawainya, Alizakri Alias menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.
Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi. Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana. Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat perm0honan i-Lestari pada masa itu.
“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar. “Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI di sini pada Khamis malam.
Sumber : AstroAwani
Ramai Yang Persoalkan Pasal Akaun 1 Kwsp. Sekali Ceo Kwsp Tampil Buat Ramalan Yang Mengejutkan Tentang Apa Yang Akan Terjadi Pada Rakyat Lepas Bersara Nanti.
(KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.
“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.
“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.
Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.
“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.
Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini. “Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak.
Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. “Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan k3selamatan Sosial (Perk3so),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.
Kredit : Sinar Harian
Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/
Ramai Yang Tak Puas Hati Pasal I Sinar Kwsp. Perkongsian Terkini Dari Najib Razak Buat Ramai Yang Setuju Bila Najib Dedahkan Tentangvapa Yang Rakyat Nak Sebenarnya.
Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umumkan pencarum yang layak untuk kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori. KWSP dalam kenyataan berkata, bagi Kategori 1, mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
“Kriteria bagi Kategori 1 meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020,” katanya.
Katanya, bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. Malah, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021. KWSP berkata, bagi Kategori 2, ia meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi. Rata rata di media sosial ramai yang masih tidak berpuas hati disebabkan masih bersyarat dan ini menarik perhatian NajibRazak melalui perkongsian beliau yang terkini.
Duit KWSP duit rakyat. Kita mesti percaya kepada rakyat membuat keputusan terbaik untuk diri mereka. Hidup rakyat amat tertekan dan ada yang perlukan duit untuk kecemasan kini. Faham?
Reaksi Dari Warganet Di Ruangan Komen
Terbaik bossku..sy layak kategori 1 tapi sy tetap tak puass hati sebab tetap ada yg tak layak biarpun mereka bukan kenalan sy namun kita tetap manusia dan faham keadaan skg jadi sy tetap akan bersama yg lain agar sama2 semua layak..biar adil.
Dato bagus klu kwsp faham . Tdk adil macam ne kan bagus semua dapat mcm I lestari. Kami ne bekerja besar tanggngan gaji hanya basic 1200. Istri tdk kerja tda kwsp anak tanggung 3 orang . Macam mana dato ne kwsp. Keputusan tdk adil.
Kami fikir kwsp boleh tolong keadaan kami rupanya salah angapan Saja. Suri rumah untung lah yg layak dapat sbp dapat seprt pendapatan suami dia. Kami siapa seprt dato sendiri Cari mengmis Minta kesihan tdk dpt syarat yg d tetapkan kwsp.
Ye betul tu DSNR..rakyat memang tertekan sekarang ni biar la kami putuskan nak keluarkan ke tak sebab itu hak kami..memang ada yang masih berkerje tapi bagaimana pulak jika dulu suami isteri dua-dua berkerje dan sekarang ni tinggal isteri sahaje. amat2 mengecwakan jika orang yang berkeje tidak dapat keluarkan kwsp duit sendiri.
Nak adill kpd semua pihak utk Kategori 2 tak perlulah bersyarat2, sbb mereka masih lagi bekerja, masih lagi mencarum, sy tak nampak ada masalah disitu yg perlu disyaratkan oleh kwsp dan tiada masalah sebenarnya jika mereka mahu keluarkan…10%@10k > 200… 2@3 thn selepas tu mereka dah boleh cover semula jumlah yg diambil sbb mereka masih mencarum dan bekerja.
Sumber : FBNajibRazak/OM
Lepas Je Piak Kwsp Umumkan Perincian Tentang I Sinar Laman Fb Perdana Menterid Ada Kongsikan Sesuatu. Mengejutkan Tiba Tiba Ini Pula Reaksi Dari Warganet.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kemudahan i-Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan aklbat C0VID 19 dengan permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020.
Pengurus dana persaraan itu berkata, krlteria kelayakan bagi Kategori 1 membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hi.lang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi n0tis cuti tanpa gaji.
Katanya, kriteria bagi Kategori 1 itu adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
“Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar mulai 21 Disember 2020. “Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021,” katanya dalam satu kenyataan.
KWSP berkata, bagi Kategori 2 pula, ia adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengvrangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui d0kumen yang diberikan.
“Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan n0tis pemberhentlan atau pem0tongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa
Menerusi pemerhatian dari laman facebook muhyiddin yassin, dilihat status terkini mengenai perbincangan dengan perdana menteri singapura tapi apa yang menarik perhatian adalah komen komen dari orang ramai mengenai KWSP
Antara Komen Warganet
TSMY, agak agak lah 30% jer , yg kene 10% dedction tetap sama terkesan kerna kami x dpt jumlah yg sama utk berbelanja rumah. Roti gardenia pun naik harga tapi kami x ada sesiapa nak bela atau bantu. Kami hanya mohon duit kami dlm keadaan terdsak utk menyara 6 – 8 org keluarga dan seorg berkerja. Kami mem0hon agar pertmbangkan lah ray.uan kami yg tak ada nilai ini.
TSMY kalau dulu kami ni kena buat kerja part tlme utk tambah pendapatan.. sekarang dah tak boleh, tapi kami tak dapat bagi dcuments utk bktikan keku.rangan pendapatan keluarga..maka tak dapat lah keluarkan duit kami sendiri di KWSP tu… tolong lah TSMY mudahkan urusan pengeluaran duit kami.. kami bukan nak duit org lain pun… tu duit kami sendiri nak guna time susah ni.
Tolong pahami ma.salah kami. bukan kami tak bersyukur tp kami memang memerlukan duit itu..itu duit dr titlk peluh kami sendiri. mohon pertlmbangan lagi supaya rakyat bebas apply tanpa ada sya.rat. Kami cuma nak guna sedikit duit simpanan kwsp kami dlm keadaan c0vid sekarang nehhh. Pertimbangkn lah. Xkan nak guna duit slmpanan sendiri siap bersyarat bagai.
Sumber : BHOnline/FBMuhyiddinYassin/OM
Tular Notis Tarikh Permohonan I Sinar. Dimaklumkan Tiada Khabar Tentang Perihal Tersebut Dan Ini Komen KWSP Susulan Perkara Tersebut Tular
PETALING JAYA – Satu notis makluman berhubung tarikh permohonan skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 15 Disember 2020 tular di media sosial hari ini.Notis itu dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat cawangan KWSP, namun tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan KWSP berhubung perkara tersebut setakat pagi ini.
KWSP dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.Perincian itu merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. – K! ONLINE
Ramai Mula Berbaris Panjang Sejak Jam 8 Pagi. Keadaan Pejabat KWSP Menjadi Tumpuan Susulan Atas Urusan I Akaun Dan I Sinar Dan Ini Maklumat Lanjut Bagi Pengeluaran
ALOR SETAR: Pencarum bertumpu ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) yang membuka pejabat cawangannya mulai hari ini untuk pelbagai urusan terutama mendaftar i-Akaun dan i-Sinar.Pejabat KWSP di Alor Setar mula dipenuhi orang ramai yang mula berbaris panjang sejak jam 8 pagi tadi.
Ada antara mereka yang datang dari daerah lain dan membawa pasangan yang turut mahu mengeluarkan Akaun Satu menerusi program i-Sinar KWSP.Ahmad Nasri Abu, 44, dari Naka Padang Terap, berkata beliau kini hanya bergntung kepada wang KWSP untuk kelangsungan hidup selepas mengidap sakit batu karang kronik sejak dua tahun lalu.
Katanya, wang simpanan KWSP Akaun Dua sebelum ini sudah habis diterima dan beliau berhasrat mengeluarkan semua wang simpanan akaun satu miliknya sebanyak RM6,000.”Saya sebelum ini pernah kerja kilang di Pulau Pinang selama tiga tahun sebelum berhenti dan kembali ke kampung menoreh getah, namun akibat sakit yang saya hadapi, saya tak dapat keluar menoreh lagi.
“Isteri saya juga sudah keluarkan Akaun Dua dan hari ini kami akan sama-sama memohon untuk keluarkan akaun satu, kami tak ada pilihan kerana anak-anak masih belajar, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan cukup untuk membeli keperluan dapur sahaja,” kata bapa kepada lapan anak itu.Bagi Norjuzini Jamaludin, 37, wang simpanan akaun satu yang mahu dikeluarkan akan digunakan untuk menambah modal perniagaan dalam talian.
Katanya, selepas beliau dan suami Ahmad Syakir Rosli, 33, berhenti kerja sebagai jurujual telefon tahun lalu, mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk berniaga.”Pandemik COVID-19 sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga, suami saya berniaga nasi lemak dan burger, anak pula baru berusia dua tahun, saya bantu suami berniaga kosmetik dalam talian supaya boleh menjaga anak di rumah,” katanya.
Orang kurang upaya (OKU), Ahmad Osman berkata beliau bersyukur usianya yang bakal menjangkau 55 tahun pada 14 Disember ini akan memudahkan urusannya untuk mengeluarkan simpanan KWSP.”Sejak kejadian yang tidak diingini berlaku tujuh tahun lalu, saya hanya kerja kampung, tangan kiri saya tidak dapat berfungsi seperti biasa, isteri membantu saya dengan bekerja sebagai tukang cuci kerana dua orang anak kami masih bersekolah.
“Isteri saya pun akan keluarkan Akaun Satu selepas Akaun Dua kami sudah digunakan, dalam keadaan sekarang, semua perlukan wang tambah pula golongan kurang kemampuan seperti kami,” katanya yang berasal dari Jitra.KWSP semalam mengumumkan semua pejabat cawangan beroperasi seperti biasa dengan semua perkhidmatan kaunter disediakan bermula hari ini, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.
Cawangan KWSP di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah yang ditutup berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Oktober lalu turut beroperasi sama.Di Kuala Terengganu, rata-rata pelanggan yang datang ke pejabat KWSP mahu mendaftar i-Akaun KWSP selain mahu mengemas kini akaun masing-masing.
Tinjauan mendapati urusan berkenaan dilakukan di kiosk yang disediakan selain turut membuka beberapa kaunter khas untuk tujuan berkenaan.Bagi pencarum yang mempunyai urusan lain di KWSP, mereka perlu membuat janji temu secara dalam talian terlebih dahulu.Semua pencarum yang datang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
Ketua KWSP Terengganu, Rahmat Ali, berkata semua pejabat KWSP di negeri ini beroperasi seperti biasa bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Katanya, perkhidmatan kiosk juga dibuka seperti biasa bermula jam 7 pagi hingga 9 malam berbanding jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum ini.
“Pencarum yang datang kebanyakannya untuk mengemas kini dan mendaftar i-Akaun mereka.”Bagi urusan lain, kita menyediakan lima kaunter perkhidmatan yang mana ia dilaksanakan melalui janji temu secara dalam talian.”Pelanggan perlu membuat janji temu melalui laman web KWSP sebelum hadir ke kaunter bagi mengelak kesesakan memandangkan kita masih berdepan dengan COVID-19.
“Semalam sahaja, hampir 1,000 pencarum datang untuk mengemas kini akaun i-Akaun,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.Bagi Mohd Jais Ismail, 39, beliau datang untuk mengemas kini akaun KWSP miliknya selain mendaftar i-Akaun.”Saya buat keputusan daftar secara talian sebab lagi mudah mahu tengok jumlah duit yang ada,” katanya.
Semua Perkhidmatan Dan Kaunter Di Semua Cawangan KWSP Bermula Esok. KWSP Dedahkan Waktu Buka Dan Tutup Serta Janji Temu Melalui Web Ini
KUALA LUMPUR: Semua pejabat cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan beroperasi seperti biasa dengan semua perkhidmatan kaunter disediakan bermula esok, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib untuk membendung penularan wabak COVID-19.
“Ahli yang ingin berurusan harus membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online di laman web www.kwsp.gov.my/janjitemu,” kata kenyataan itu.Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.
Kemudahan Akses Ke Akaun Satu Ahli KWSP Yang Dikenali Sebagai I Sinar. KWSP Dedahkan Lebih Lanjut Tentang I Sinar Dan Tarikh Untuk Mohon I Sinar
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke akaun satu ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.KWSP dalam satu kenyataan berkata, i-Sinar yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan.
“i-Sinar diwujudkan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.“KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada akaun dua melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek,” katanya di sini hari ini.
i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir pada Mac 2021.Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. – K! ONLINE
Cadangkan Pengeluaran Simpanan KWSP Secara One Off Sehingga RM10000 Seperti Dicadangkan Bekas Perdana Menteri. DS Mohs Sharkar Dedah Punca Diaa Cadang Pengeluaran Akaun 1 Untuk Bayar Pinjaman
Kerajaan sewajarnya memberi kelonggaran khususnya kepada rakyat yang sedang dihimpit kesusahan untuk membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun Satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, beliau mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan simpanan dari akaun hanya untuk tujuan membayar pinjaman sama ada rumah, kenderaan atau pinjaman peribadi.
Menurutnya, langkah itu wajar kerana bukan semua rakyat layak memperoleh lanjutan moratorium bersasar sehingga bulan Disember ini.”Biarpun ada yang mendapat pengurangan bayaran bulanan terhadap pinjaman mereka, masih ramai lagi terbeban kerana keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya.
“Sekiranya langkah ini dilaksanakan, simpanan dikeluarkan itu dapat meringankan beban rakyat untuk mengurangkan jumlah pinjaman masing-masing,” katanya melalui satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.Mohd Sharkar berkata, beliau sendiri membaca pelbagai komen daripada warganet khususnya di laman media sosial Facebook mengenai pandangan orang ramai berhubung cadangan pengeluaran simpanan KWSP secara ‘one off’ sehingga RM10,000 seperti dicadangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Rata-rata rakyat mahu kerajaan melaksanakan cadangan tersebut kerana bagi pencarum, duit yang mahu dibawa keluar itu adalah duit mereka.”Di pihak kerajaan pula, seperti dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah sukar untuk kerajaan melaksanakan cadangan itu,”katanya.
Justeru, beliau yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang berkata, dalam keadaan rakyat ketika ini sedang berdepan kesukaran hidup ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19), cadangan itu wajar dipertimbangkan kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas.
Isu Pengeluaran Akaun 1 KWSP. Berikut Pendapat Dari MTUC Dan Pakar Ekonomi Susulan Isu Ini Mendapat Perhatian Rakyat Sejak Kebelakangan Ini
Terbaru,Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan untuk kaji semula cadangan pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan wang Simpanan Pekerja iaitu KWSP dalam usaha meringankan beban pekerja di Malaysia yang tertekan susulan penularan pandemik koronavirus (COVID19)
Timbalan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kelonggaran bagi pengeluaran tersebut antaranya dapat membantu mereka yang tiada pekerjaan mahupun kehilangan pekerjaan. Menurutnya, ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan sehingga ke pinjaman ah long disebabkan terhmpit untuk meneruskan kehidupan harian.
“MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.“Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian di samping menggunakan dana yang dikeluarkan ini sebagai modal perniagaan perniagaan untuk menyara hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, MTUC berpendapat kajian terperinci perlu dibuat bagi mengenal pasti mekanisme pengeluaran itu dengan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi menentukan jumlah yang munasabah dan mengenal pasti pekerja yang benar-benar memerlukan pengeluaran tersebut.
Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, cadangan supaya kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu KWSP bukan langkah terbaik. Katanya, secara umum simpanan wang KWSP adalah bagi tujuan kegunaan pada hari tua atau selepas bersara.
“Pada masa ini pun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada pemilik akaun untuk membawa keluar wang daripada akaun dua. Jika akaun satu juga dibenarkan, kita risau ramai berdepan masalah kewangan pada hari persaraan.“Tidak ada satu jaminan di mana jika kita berikan kelonggaran pengeluaran akaun satu, pesara akan mempunyai wang yang cukup nanti,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Azrin berkata, apa yang membimbangkan ialah jika kelonggaran diberikan untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu, mereka yang tidak terkesan turut mengambil peluang berbuat demikian.Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri pula berkata, cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran akaun satu KWSP bakal memberi impak besar pada hari persaraan.
Jelasnya, ini ditambah dengan kajian yang menyatakan bahawa jangka hayat rakyat Malaysia akan meningkat dan soal kewangan pastinya menjadi salah satu aspek penting.“Kalau kita ambil dari situ, dari mana lagi kita nak ada simpanan dan mahu pastikan kelangsungan hidup pada hari tua. Saya lebih selesa gunakan dahulu akaun dua berbanding akaun satu.“Berdasarkan laporan juga, wang simpanan selepas hari persaraan ini juga hanya mampu bertahan tidak sampai lima tahun. Ini perkara yang membimbangkan jika wang daripada akaun satu dibawa keluar,” katanya.
Akui Dapat Banyak Mesej Dari Warganet Pasal Pengeluaran KWSP Akaun 1. Akhirnya Perdana Menteri Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Sebab Kenapa Kerajaan Susah Nak Bagi Keluar Duit Akaun 1 KWSP.
Mendengar keluhan rakyat, tetapi kerajaan anggap ia satu perkara yang sukar untuk pertimbangkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meringankan beban rakyat yang ekonominya terkesan ekoran dengan wabak COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akui peka dengan cadangan yang dibuat tetapi ia agak mustahil direalisasikan. Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.”
Katanya lagi, beliau sendiri menerima banyak mesej daripada orang ramai merayu agar ianya dijalankan. “Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.”
Namun, Tan Sri Muhyiddin Yassin sukar merealisasikannya kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pencarum pada masa akan datang. Lapor Berita Harian. “Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki,
saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini.
Pakar Ditanya Satu Soalan Dari Warganet Tentang Isu Keluarkan Duit KWSP Akaun 1. Mengejutkan Ini Jawapan Beliau Sampai Jadi Perhatian Warganet.
Menerusi program Bicara BH bertajuk Belanjawan 2021 – Apa Perlu Ada yang disiar secara langsung melalui Facebook dan Youtube Berita Harian Online, hari ini moderator bertanyakan satu soalan dari warganet mengenai cdangan kelonggaran jumlah tertentu daripada caruman KWSP akaun 1 dan dijawab oleh salah seorang panel dari program tersebut.
Program itu juga turut menampilkan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor dan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, sebagai panel dan dikendalikan oleh Penerbit Eksekutif dan Penyampai Berita Edisi7, Fazilah Hani Harun sebagai moderator.
Antara Jawapan Yang Diberi
“Duit dalam segala bentuk pun, kita berikan kepada insan yang dipanggil manusia ni, tak cukup” “Saya selalu berjuang untuk mengadakan tabung sosial sekvriti ni, konvensyen 102, dari muda sampai ke tua memang kita berdebatt di akhir hujungnya kita tahu keperluan itu ada”
“Kalau kita lihat objektifnya adalah simpanan hari tua, jadi secara tidak langsung kita mestilah mempunyai satu amaun yang cukup kerana orang malaysia yang laki laki hidup dia 75 tahun, yang wanita 78 tahun tak tahu siapa pergi dahulu la itu anggaran” “Masa tabung 2 dibenarkan, saya kata apakah objektifnya. Kita sepatutnya mengajar pencarvm untuk menyimpan duit agar mereka senang nanti hari tua”
Komen Dari Orang Ramai
Rakyat minta diberi kel0nggaran keluar Wang dalam jumlah tertentu daripada caruman akaun 1 KWSP. Sukarkah untuk dilaksanakan oleh pihak Kerajaan?. Kalau kamu2 menteri2 boleh je ckp sbb kamu2 cukup makan pakai.. Duit poket semua. Yg rakyat ni.. Hye nak HAK KAMI jer.. Luluskan saje pengeluaran one off AKAUN 1 KWSP. Dah jelas c0vid 19 sgt terkesan pd semua rakyat.
Cakap senang la pakcik sbb pakcik xpernah susah dan pakcik xada kasut rakyat miskln ni…… bank xlayan ni selagi peminjam tidak +ve c0vid. One off saja bukan berterusan ini waktu gwat ekonomi.kau cerita hari tua boleh sampai ke.
Sembg la dato..suruh Blajar kemahiran.tp kija d m0nopoli org asing..ptut dato bncang dan had kn pgmbilan pkerja mhir org asing weh…..duit kwsp cm ne dato.bile leh wat kuar ni..ha3. Tlg lh bg kluar duit acc 1 kami…duit tu mmg kami yg punya cuma tggu umur 50 bru bole kluar…skrg kami amat mmerlukn duit acc 1 tu xyah tggu umur 50..hrap krajaan dgr rintihan rakyat ni.
Sumber : BHOnline/OM
via apampin
Post a Comment