Supaya Daun Kunyit Lebar & Subur, Letak Pokok Bawah Tempat Teduh Begini

Supaya Daun Kunyit Lebar & Subur, Letak Pokok Bawah Tempat Teduh Begini

Disebabkan banyak kegunaan untuk masakan, ramai yang menanam pokok kunyit. Tapi masalah yang sering dirungutkan bila tanam pokok kunyit adalah daunnya akan kuning, kering, layu dan mati.

Supaya Daun Kunyit Lebar & Subur, Letak Pokok Bawah Tempat Teduh Begini

 

Jika ada yang berdepan masalah yang sama boleh atasinya mengikut tip yang dikongsi oleh Azizi Manap. Beliau menanam puluhan pokok kunyit di kediamannya dan hampir kesemuanya subur dan lebar daunnya. Tip berikut diberikan berdasarkan pengalamannya.

BACA JUGA:Cuma Guna 5 Titis Cuka & Pelembut Pakaian, Tip Lantai Rumah Berkilat & Wangi
loading...

Tip supaya daun pokok kunyit lebar

Saya ingin kongsi cara saya tanam kunyit sebab ada ramai yang mengadu pokok kunyit yang ditanam kering, layu dan mati. Saya juga baru saja belajar menanam guna polibeg lebih kurang 4-5 bulan lepas.

Jangan letak bawah matahari teruk

Berdasarkan pengalaman, senang cerita kunyit suka tempat sejuk maksudnya redup. Jika diletak di bawah matahari terus tanpa hujan, kurang siram dan tanah kering daun kunyit akan kering. Jika terkena matahari pagi pokok kunyit masih boleh bertahan berbanding jika diletakkan di bawah cahaya matahari terik di mana hujung daunnya akan terbakar.

Ubah letak ke tempat teduh tanpa cahata matahari terik

Daripada sini saya pindahkan pokok kunyit dalam polibeg dan letak di tepi rumah, di tempat teduh. Tempat ini memang sejuk, berhampiran pokok dan hanya kena matahari pagi.

Bila ubah kedudukan saya lihat daun lebih lebar daun lebih hijau. Saya hanya guna baja urea dan letak sedikit nasi basi selain tanah digemburkan.




loading...

Boleh guna tanah ini

Tanah yang saya gunakan adalah = sekam bakar + sabut kelapa halus (cocopaet). Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar.

Alhamdulillah dari 3-4 pokok kini saya ada 37 pokok kunyit. Penggunaan cocopeat memang mudah, kita tak perlu siram selalu sebab tanahnya memang sentiasa lembab. Apabila musim hujan tanaman tak terlalu terendam air. Ia juga tak mampat jadi akar senang bercambah dan pokok membesar dengan elok.

Korek pokok kunyit yang mati, layu

Lagi satu tip dalam 10 pokok yang kita tanam mesti ada salah satunya layu bantut dan mati. Korek isinya, jika masih cantik keras dan tak busuk biarkan saja supaya keluar tunak baru.

Jika ada pokok kunyit yang layu dan mati, potong semua daun dan batang, Insya-Allah akan tumbuh semula jika isinya tidak busuk. Jika ubi kunyit busuk elok dibuang saja, gemburkan tanah jika keras.


Semua tip ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, belajar dari kesilapan dan usaha sampai jadi.

Semoga bermanfaat.

Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI





________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post