samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.
BACA JUGA:Doa Elak Anak-Anak Kuat Bergaduh, Amalkan Dan Yakin Dengan Izin Allah
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah
s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti
kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah
yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita
hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi
pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar
kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau
bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah
rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis
riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama
anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak
satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali,
ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di
penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki
dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara
keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi
Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut
ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air
Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…
semoga bermanfaat untuk semua..SHARE untuk kebaikkan bersama
sumber: lahad datu info
Post a Comment