Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia.
Pada tahun 2007 secara keseluruhan, kanser paru-paru berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan kanser kolorektal.
BACA JUGA:Inilah 6 Tip Tanam Kobis Dalam Pasu Yang Menjadi, Cuba Dulu Baru Tahu Mudah Sangat
Kanser ini juga dikenali sebagai kanser yang agresif dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pencegahan awal daripada penyakit ini amatlah digalakkan terutama kepada golongan yang berisiko seperti perokok dan golongan yang berumur.
Pencegahan awal ini boleh dilakukan dengan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Salah satunya adalah dengan memakan bawang putih mentah yang dikatakan berkesan menjadi penawar daripada terkena penyakit kanser paru-paru.
Ikuti perkongsian lebih lanjut oleh Hello Doktor seperti di bawah.
Gambar: Hello Doktor
Bawang putih merupakan bahan yang wajib ada dalam setiap hidangan di Malaysia. Selain itu, bawang putih juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan di dalam ubat-ubat tradisional.
Terdapat banyak khasiat bawang putih mentah, salah satunya ialah sebagai penawar kanser paru-paru.
Siapa yang sangka, di sebalik baunya yang menusuk hidung, bawang putih mempunyai khasiat yang besar terhadap kesihatan.
Rahsianya ialah alicin, sejenis kompaun yang memberikan bawang putih bau yang kuat.
Penggunaan bawang putih dalam kesihatan boleh dikesan seawal 2000 SM sebagai perubatan tradisional Cina. Pada waktu itu, bawang putih amat terkenal disebabkan keupayaannya sebagai penawar racun.
Kini, terlalu banyak khasiat makan bawang putih mentah telah pun dirungkai.
Selain boleh meningkatkan imuniti badan, bawang putih juga dikatakan boleh melindungi pengamalnya daripada kanser paru-paru!
Khasiat bawang putih mentah sebagai penawar kanser
Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Jiangsu Provincial Centre for Disease Control and Prevention, pengambilan bawang putih mentah mungkin dapat mencegah kanser paru-paru.
Kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Cancer Prevention Research ini dilakukan secara temu ramah terhadap 1,424 orang pesakit kanser paru-paru dan 4,543 individu yang sihat sebagai kawalan.
Tujuan temu ramah ini dilakukan adalah untuk melihat sama ada amalan makan bawang putih mentah berkesan untuk melawan kanser.
Kajian ini mendapati bawang putih mentah dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 30% walaupun dalam kalangan mereka yang merokok.
Menurut saintis di dalam kajian ini, khasiat bawang putih mentah perlu disiasat secara lebih mendalam terutamanya untuk mengenal pasti komponen yang bersifat antikanser.
Khasiat bawang putih mentah terhadap kesihatan bukanlah sesuatu yang asing. Sebelum ini, pengambilan bawang putih dikatakan dapat meningkatkan sistem imun badan dan kesihatan kardiovaskular.
Kanser paru-paru merupakan masalah kesihatan utama di China disebabkan amalan merokok dan pendedahan terhadap pencemaran udara yang tinggi.
Dalam masa 30 tahun, kematian disebabkan kanser paru-paru meningkat sebanyak 465%. Statistik ini sudah cukup untuk membuktikan keseriusan kanser paru-paru dalam kalangan rakyat negara China.
Gambar: Hello Doktor
Makan sekurang-kurangnya 2 ulas bawang putih mentah
Menurut Ajay Myeni, pengarang utama di dalam kajian tersebut, makan bawang putih mentah sememangnya dapat membantu mengelakkan kanser paru-paru. Namun, cara dan jumlah pemakanan turut memainkan peranan yang penting.
Sebab itulah, khasiat bawang putih mentah lebih tinggi berbanding bawang putih yang telah dimasak.
Oleh sebab itu, beliau mencadangkan agar semua mengambil sekurang-kurangnya 2 ulas bawang putih setiap minggu untuk mencegah kanser.
Gambar: Hello Doktor
Bawang putih mengandungi banyak kompaun organo-sulfur yang bersifat antibakteria, anti-inflamasi dan juga antikanser.
Malah, ada juga beberapa kajian yang menunjukkan keberkesanan bawang putih dalam menghentikan pertumbuhan kanser.
Walaupun kajian ini mendedahkan amalan makan bawang putih dapat menurunkan risiko kanser dalam kalangan perokok, itu bukan bermaksud perokok perlu menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan.
Myneni berkata, lebih baik berhenti merokok berbanding menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan setiap hari.
Walau bagaimanapun, tidak mengapa jika perokok berniat untuk berhenti merokok dengan amalan makan bawang putih.
5 khasiat bawang putih mentah
Selain dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru, bawang putih juga mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya ialah:
1. Dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Bawang putih mempunyai impak yang positif terhadap tekanan darah kita. Oleh sebab itu, pesakit tekanan darah tinggi boleh cuba mengambil lebih banyak bawang putih untuk merendahkan tekanan darah.
2. Rambut dan kulit lebih sihat dengan bawang putih
Sifat antioksidan pada bawang putih boleh membuatkan kulit lebih sihat dan bebas jerawat. Malah, ada kajian yang menunjukkan bahawa amalan menyapu bawang putih pada jerawat boleh membuatkannya hilang dengan lebih cepat!
Walau bagaimanapun, hati-hati ketika menggunakan bawang putih sebagai rawatan. Ia boleh menyebabkan kulit rasa pedih dan sakit.
3. Bawang putih dapat melindungi makanan
Sifat antibakteria yang sama juga boleh membunuh bakteria dalam makanan yang menyebabkan keracunan makanan, termasuklah salmonella dan E.coli!
4. Berfungsi sebagai bahan anti-inflamasi
Kajian menunjukkan, minyak bawang putih amat berkesan untuk sakit otot atau sakit sendi. Oleh sebab itu, jika anda sering rasa sakit, cuba gunakan minyak bawang putih.
Malah, The Arthritis Foundation juga amat menggalakkan penggunaan minyak bawang putih untuk menghalang kerosakan tulang rawan dalam kalangan pesakit arthritis.
5. Meningkatkan imuniti badan
Ini merupakan khasiat bawang putih mentah yang paling popular dan diketahui ramai.
Malah, menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal American Journal of Epidemiology, mereka yang makan lebih banyak bawang putih, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai 35% risiko yang lebih rendah untuk mengalami kanser kolon!
Kesimpulan
Tidak salah lagi, mereka yang gemar makan bawang putih kurang berisiko untuk mengalami kanser paru-paru.
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi khasiat bawang putih mentah yang boleh membuatkan pengamalnya lebih sihat dan bertenaga.
Oleh sebab itu, tidak ada salahnya jika anda ingin makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua ulas seminggu. Malah, amalan ini mungkin dapat membantu mencegah kanser pada masa hadapan!
Sumber: Hello Doktor via Siakap Keli
Post a Comment