Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang

Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang

Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang 

Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang

 



BACA JUGA:Mudah Rupanya Buat Kuih Bakar Pandan. Kisar, Tapis, Bakar, Siap!
loading...

Bahan bahan:
 
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning


loading...

Cara-cara:
 
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kari. Sesuai untuk makan untuk seisi keluarga sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.


Kredit -aziekitchen

________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post