Cara Masak Kuih Lepat Pisang Sedap Guna Resipi Tradisi

Cara Masak Kuih Lepat Pisang Sedap Guna Resipi Tradisi

Sedapnya kalau dapat makan Lepat Pisang tradisi ni. Lemak manis cukup rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari Shai Anne Ahemed kongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba.

Cara Masak Kuih Lepat Pisang Sedap Guna Resipi Tradisi


Kuih tradisional ni mudah je nak buat. Sangat berbaloi untuk anda ‘try’. Cara masaknya pun cukup mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

BACA JUGA:Resipi Mudah Buat Donat Homemade Lembut, Gebu & Sedap
loading...

RESIPI LEPAT PISANG TRADISI YANG SEDAP & MUDAH


BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan pisang lemak manis – dilenyek
  • 1 cawan gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan ikut selera masing-masing
  • 1 sudu teh garam 
  • 1 kotak kecil santan – boleh guna santan segar 
  • 1 cawan kelapa parut
  • 2 1/4 cawan tepung gandum 
  • Daun pisang secukupnya – dilayur terlebih dahulu


CARA MEMASAK:

1. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan (kecuali daun pisang). Adun hingga sebati dan tepung tidak berketul.


2. Ambil daun pisang yang telah dipotong, sudukan bancuhan lepat dengan secukupnya.


3. Bungkus lepat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.


loading...




4. Didihkan air dalam pengukus, susun bungkusan lepat di dalamnya dan masak selama 40 minit.



5. Angkat kuih dan biarkan seketika hingga suam sebelum dinikmati.


Kredit resipi & foto: Shai Anne Ahemed  via Rasa




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post