Kek Pisang Kukus Gebu Ya Amat, Sedap Dimakan Panas-Panas

Kek Pisang Kukus Gebu Ya Amat, Sedap Dimakan Panas-Panas

Ada lebihan pisang emas, semalam dah buat cucur hari ini terasa nak makan kek pisang kukus. Kek pisang kukus rasanya memang sedap, lembap dan secukup jer kemanisannya. 

Kek Pisang Kukus Gebu Ya Amat, Sedap Dimakan Panas-Panas

 

Saiz kek ini juga sangat bersesuaian untuk hidangan keluarga yang kecil. Andai kata tidak habis makan, boleh disimpan di dalam peti sejuk.Jom lah kita tengok resepi kek pisang yang sangat mudah dan sedap ini. Gebu ya amat.

BACA JUGA:Resepi Muffin Chip Coklat
loading...


KEK PISANG KUKUS

 
Bahan-bahan:
1 cawan pisang emas yang siap dilenyek. Biarkan dalam 1jam nak bagi urat-urat hitam timbul.
1 cawan gula halus (cikza guna gula aising sebab tak nak manis sangat)
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur gred A
1 penutup esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

loading...

Cara membuat:
1.Ketiga-tiga bahan ni diayak.
2.Putar telur, gula dan esen vanila sehingga kembang.
3.Kemudian masukkan tepung gandum diayak tadi, kacau dengan senduk kayu.
4.Masukkan minyak, kacau bagi sebati last baru masukkan pisang yang dilenyek.
5.Sapu loyang dengan sedikit minyak. (cikza guna loyang saiz 6).
6.Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang.
7.Pastikan air mendidih baru masukkan adunan kek.



8.Kukus selama 45 minit dengan api yang besar.


Kredit: Noriza Awang Hamat





________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post