Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan-Mesti ramai yang mencari-cari resepi istimewa kek Marble dengan sukatan cawan sampai jumpa blog ni kan.haha.Saya pun lama mencari resepi kek marble yang senang kita nak buat dan sukat.
Kek Marble Daripada Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn) |
Kali ni saya dapat resepi kek marble dari Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn) yang juga sudah berjaya dicuba dengan jayanya oleh orang yang kongsi resepi ni.Sebab tu saya berani share resepi ni.
BACA JUGA:Kek kukus 3 Layer Cheese Leleh
loading...
Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Sumber :Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn)
Sumber gambar : Jom Belajar Buat Kek
- 1 cawan butter
- 3/4 cawan gula castor
- 3 biji telur gred B
- 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
- 1 sdt baking powder (ayak)
- 1 sdt esen vanilla
- 3 sdb susu pekat manis
- 2 sdb serbuk koko.
- (guna loyang saiz 6@7)
Nampak moist tekstur kek marble ni kann..
Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan
- Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan.
- Kemudian, masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder.Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis.Gaul hingga sebati semua bahan.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal/plain.Warna kedua pula letakkan dua sudu besar serbuk koko.
- Jangan lupa sapu marjerin pada loyang saiz 6inci atau 7inci dan lapik dengan kertas minyak.
- Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang.Jangan ratakan.Kemudian ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga.
- Ulang hingga habis adunan tersebut.
- Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi atau boleh tengok contoh cara nak buat corak kat bawah.
- Panaskan oven suhu 170 darjah dan bakar selama 60 minit atau hingga masak.Gunakan api atas dan bawah.(Sebaiknya juga ikut kepanasan oven masing-masing ya).
Step by Step buat Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Sumber gambar : Jom Belajar Buat Kek
Bahagikan adunan kepada dua bahagian dengan satu adunan yang asal, adunan kedua pula yang sudah dicampur dengan serbuk koko.
Masukkan satu senduk/sudu besar adunan asal kemudian diikuti satu senduk adunan yang mengandungi serbuk koko tadi.Tak payah gaul atau ratakan, biarkan je.Buat step ni sehingga selesai.
Ini hasilnya bila kita dah masukkan semua adunan tadi
Baki adunan dengan serbuk koko tadi letakkan sedikit di atas permukaan adunan
kemudian, lorekkan dengan lidi mengikut corak yang disukai.
Ini hasilnya selepas di bakar:)
loading...
Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Resepi dari Rozmaliza Omar
Sumber: Azlina Ina
Bahan-bahan:-
1 1/2 ketul butter (SCS)
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu (kecil) esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu (kecil) baking powder
3 sudu (besar) serbuk koko
Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan
- Masukkan Gula,butter,esen vanila ke dalam mixer atau bekas adunan dan putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sampai gebu.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, akhir sekali putar 15 minit.
- Kemudian masukkan susu dan putar sebati.
- Masukkan pula tepung sedikit-sedikit sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan 3 sudu (besar) serbuk koko.
- Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis.
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama.
- Turunkan suhu pada 160 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.
Kek marble hasil resepi Azlina Ina yang dicuba Blogger Cik Matahariku
Harapnya kepada readers yang berminat untuk mencuba resepi ini bolehlah cuba buat sendiri kat rumah ya.Kalau ikutkan, banyak versi resepi kek marble yang kita boleh jumpa khasnya kalau kita google dalam internet, pilihan di tangan anda.
Kalau pertama kali kita mencuba sesuatu resepi, kita kena rajin dapatkan banyak tips dan info berkaitan pembuatan kek marble supaya kita dapat menyediakan kek yang betul dan sedap, yang penting tidak membazir:)Boleh tengok kat sini, saya dah berjaya cuba kek marble susu sukatan cawan Azlina Ina- Kek Marble susu yang sedap dan moist oleh Blogger Cik Matahariku-
Kalau pertama kali kita mencuba sesuatu resepi, kita kena rajin dapatkan banyak tips dan info berkaitan pembuatan kek marble supaya kita dapat menyediakan kek yang betul dan sedap, yang penting tidak membazir:)Boleh tengok kat sini, saya dah berjaya cuba kek marble susu sukatan cawan Azlina Ina- Kek Marble susu yang sedap dan moist oleh Blogger Cik Matahariku-
Kek Marble susu yang saya dah berjaya cuba, kek ni memang moist dan sedap, tambah-tambah kalau kita biar semalaman, esoknya lagi mantap rasanya.heheh.
Alhamdulillah, ada rupa dah kek marble susu saya kann..muehehhe..
Kredit : https://cikmatahariku.blogspot.com/
Post a Comment