Koleksi kali ini akan membawa kepada anda 10 resepu puding iaitu sejenis pencuci mulut yang diperbuat menggunakan beberapa bahan iaitu air ataupun susu,santan,gula dan juga beberapa bahan yang membawa kepada perbezaannya.
Koleksi 10 Resepi Puding Segar Paling Penting Sedap Sangat |
BACA JUGA:Bread butter pudding...
Berikut adalah resipi yang telah kami kumpulkan untuk anda cuba sendiri sebagai hidangan untuk keluarga anda ataupun majlis istimewa.
1)Resepi Puding Sagu Gula Melaka
Resipi berikut menjadi tular sejak akhir-akhir ini, ia diperbuat menggunakan sagu, gula Melaka dan juga susu cair. Ia adalah sejenis minuman namun ia dipanggil puding kerana bahan-bahan yang digunakan. Berikut adalah cara-cara dan bahan yang boleh anda dapatkan di kedai berdekatan
Bahan-bahan:
- 1 pek sagu (warna/putih)
- Susu cair secukupnya
- Gula Melaka
- Daun Pandan
Kaedah Penyediaan Gula Melaka:
- Hancurkan gula melaka dan masak bersama daun pandan.
- Masukkan sedikit sahaja air sebab nak dapatkan kuah yang likat. Boleh juga tambahkan gula pasir atau sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan.
- Masak hingga gula melaka hancur dan kacau
- Dah pekat, bolehlah angkat dan sejukkan
Kaedah Penyediaan Sagu
- Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sagu. Air letak banyak utk elak sagu melekat.
- Masukkan 1 or 2 sudu pewarna sirap rose tadi & kacau rata(pilihan)
- Masak sampai sagu kelihatan jernih dan boleh tambah air jika tertalu kering
- Bila dah ok, angkat dan lalukan sagu bawah air paip untuk buang kanji.
- Bolehlah masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk dalam peti ais
Cara penyediaan puding sagu gula melaka.
- Mula-mula tuangkan air gula melaka.
- Masukkan sagu.
- Akhir sekali tuangkan susu cair mengikut citarasa anda.
- Simpan dalam petiais untuk rasa yang lebih optimum.
- Siap
2) Resepi Puding Keju
image via Facebook
Resepi ini telah dikongsikan oleh Norzaqiah Rahman dan ia adalah sejenis puding yang dibuat menggunakan cheese. Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Puding:
- Untuk size 5.5″ bulat
Karamel:
- 15g gula kastor (dituang kedalam loyang dan dicairkan di atas api kecil)
Puding:
- ½ tin susu cair
- 30g gula halus
- 2biji kuning telur gredA
- 1biji telur gredA
- ½ st esen vanilla star brand
Kek Keju Ala Jepun
Bahan A:
- 6 biji putih telur
- 140 gm gula castor
- 1 sudu kecil lemon
Bahan B:
- 250 gm cream cheese
- 50 gm butter @ minyak masak
- 100 ml susu segar
- 6 biji kuning telur
- 1 sudu besar jus lemon
- 1/2 sudu kecil garam
- 60 gm tepung kek
- 20 gm tepung jagung
Cara – cara memasak:
Puding:
- Satukan kesemua bahan dan kacau sebati secara perlahan.
- Tuangkan kedalam loyang yang terdapat karamel tadi dengan bertapis.
Kek:
Bahan A:
- Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih, kemudian baru masukkan gula dan jus lemon.
- Pukul sehingga jadi meringue, iaitu hingga bertanduk atau kalau diterbalikkan bekas, bahan tidak akan jatuh.
Bahan B:
- Cairkan cream cheese, butter dan susu secara double boiler. Kemudian, Satukan semua bahan dan kacau sebati.
- Campurkan Bahan A kepada B dan gaul dengan kaedah kaup balik.
- Bakarkan dalam ketuhar secara steam bath, iaitu masukkan air dalam dulang pembakar dan letakkan acuan kek dalam air. Kalau takut air masuk, balutkan acuan tin dgn kertas aluminium.
- Bakar 1 jam suhu 160 C.
- Gabungkan kek bersama dengan puding untuk dijadikan puding keju. Siap!
3)Resepi Puding Biskut Jejari Coklat
image via Facebook
Resepi ini telah dikongsikan oleh Zura Zul dan mendapat banyak shares di media sosial. Ia adalah sejenis puding yang dibuat menggunakan biskut jejari, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- Biskut jejari (beli dalam rm5.00)
- 20gm agar-agar bertali
- 5 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 tin susu cair. (Sukat 2 cawan)
- 5 sudu besar tepung kastard.. Bancuh dulu dgn sedikit air
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar milo
- Secubit garam
- Pewarna kuning
Cara – cara memasak:
- Masak air dengan agar – agar hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga larut gula.
- Masukkan susu cair dan susu pekat, kacau rata pada api sederhana.
- Masukkan tepung kastard dengan cepat dan bagi rata. Letakkan sedikit garam dan kacau sekata. Perlahankan api.
- Basahkan loyang 8×8, susun biskut jejari dalam loyang itu sehingga penuh bahagian bawah loyang.
- Ambil 3 1/2 cawan agar – agar dalam periuk tadi dan tuang dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo. Kacau – kacau sehingga sebati.
- Ambil dalam 1 cawan adunan agar – agar coklat tadi. Tuangkan perlahan keatas biskut jejari. Ratakan agar – agar diatas biskut jejari tadi. Biarkan sederhana beku.
- Susun lagi biskut jejari sehingga penuh loyang. Tuang 1 cawan agar – agar coklat keatas biskut jejari dan ratakan. Biarkan sederhana beku. Ulang sekali lagi untuk satu lagi lapisan.
- Lebihan adunan agar – agar didalam periuk tadi diletakkan pewarna kuning. Tuang perlahan – lahan di atas puding biskut jejari sehingga habis.
- Biarkan sejuk.
- Simpan kedalam peti ais selama 4 ke 5 jam. Keluarkan menggunakan pisau plastik. Telangkupkan atas alas yang rata. Sedia untuk dipotong.
- Siap!
4) Resepi Puding Roti Mentega
Kebiasaan puding roti dihidangkan bersama sos, namun berbeza dengan puding roti ini kerana ianya dibuat sehingga lembab hingga tidak memerlukan sebatang sos. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- 13 keping roti putih (gunting/potong kecil)
- Kismis atau kekacang (pilihan)
B
- 1 cawan gula pasir
- 5 biji telur
C
- 2 tin susu cair (atau 1 liter susu full cream)
- 1 ½ cawan air
- 1 sudu teh esen vanilla
D
- 4 sudu besar butter/marjerin yang dicairkan
Kaedah
- Mula-mula bancuhkan bahan B,kacau agar gula larut.
- Kemudian tambahkan bahan-bahan C satu persatu, kacau sebati.
- Selepas itu masukkan roti yang telah dipotong kecil tadi.
- Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan, gaul hingga rata.
- Biarkan roti terendam sekurang-kurangnya 40 minit.
- Selepas 40 minit, panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit.
- Tuangkan adunan puding ini kedalam loyang empat segi bersaiz 9”x9” .
- Bakar selama 40 minit, dan letakkan air panas didalam mangkuk kecil dan bakar sama. Ini adalah untuk memastikan puding roti kita lebih lembap.
- Apabila telah cukup masa, bolehlah dikeluarkan puding dari oven.
- Sejukkan sebentar sebelum dinikmati.
5)Resepi Puding Gula Hangus
image via Facebook
Resepi ini dikongsikan oleh Muhammad Hanafi Khairuddin dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Puding gula hangus mempunyai beberapa versi namun secara asanya bahan yang digunakan adalah sama, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 6 biji telur ayam gred A
- Satu tin susu cair (samada carnation atau ideal)
- Secubit garam
- Dua titik esen vanilla
- Gula 3/4 cawan
- Gula untuk dijadikan gula hangus
Langkah – langkah memasak:
- Panaskan air dalam kukusan.
- Pecahkan telur, pukul telur dalam satu arah sahaja.
- Masukkan susu cair sedikit demi sedikit.
- Sambil kacau, masukkan garam dan kacau lagi.
- Masukkan gula, kacau sehingga gula hancur.
- Masukkan esen vanilla dan kacau.
- Ambil periuk dan panaskan atas dapur.
- Letakkan gula untuk.buat gula hangus sehingga perang kemerahan.
- Ambil periuk itu dan letakkan ke dalam kukusan, tuang adunan.
- Tutupkan periuk itu dan tudung kukusan.
- Masukkan dalam 30minit.
6) Resepi Puding Roti Cheese
image via Facebook
Resepi ini telah dikongsikan oleh Norislinah Mahfar dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau.ia adalah sejenis resepi puding roti yang dimakan bersama sos kastad cheese, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Puding Roti:
- 10 keping roti gardenia ( potong empat segi )
- 1 tin susu cair
- 3 biji telur
- 1 sk esen vanila
- 5 sb gula
- Buah campur kering rendam air panas kejap (optional)
- Coklat cip secukupnya
- Kastard Cheese
- 1 tin susu cair
- 1tin air
- 3 sb tepung kastard
- 4 sb gula pasir
- 1 keping cheese slices
Cara – cara memasak:
Puding Roti:
- Kisarkan kesemua bahan kecuali roti , buah kering & coklat cip
- Sapu butter setiap keping roti dan loyang.
- Susun roti dalam loyang dan curah bahan kisaran tadi. Tekan – tekan roti bagi semua meresap rehatkan selama 5 minit.
- Taburkan buah2 kering tadi & coklat cip.
- Bakar hingga garing suhu 170°c selama 35 minit atau kukus 30 minit.
- Sos Kastard Cheese
- Bancuh tepung kastard dlm air + susu cair kacau rata.
- Kemudian campur kesemua bahan masak ats api perlahan.
- Kacau sehingga agak – agak sedikit pekat.
- Koyakkan cheese slices kacau hingga cheese cair. Siap!
- Hiaskan dengan buah segar atau buah dalam tin ikut suka.
7) Resepi Puding Susu
image via Facebook
Resepi puding susu ini telah dikongsikan oleh Maria Zainal di laman sosial Facebook miliknya. Puding ini menggunakan buah koktel didalam tin. Ianya sedap kerna ia mempunyai inti, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 1 paket agar2 tali
- 1/4 cawan air untuk tepung kastad
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 2-3 sudu besar tepung kastad
- 1 tin fruit cocktail
Cara penyediaan:
- Masak agar – agar dengan air dan gula hingga larut.
- Air 1/4 cawan dicampurkan bersama tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
- Apabila campuran agar – agar larut, masukkan susu cair. Apabila mendidih, masukkan tepung kastad yang telah dibancuh dengan air dan fruit cocktail.
- Masakkan selama dua minit dan tutup api.
- Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai.
- Sejukkan dan hidangkan.
8) Resepi Puding Lumut Mentega
Puding ini menggabungkan dua jenis puding iaitu puding mentega dan puding lumut. Namun begitu cara membuatnya tidaklah rumit, berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menyediakan puding ini.
Puding Lumut
Bahan A
- 5g serbuk agar-agar
- 75g gula pasir
- 500ml air tambah ½ paste pandan
- Secubit garam
- 1 sudu teh garam
- Daun pandan 2 helai
Bahan B
- 100g santan kara
- 1 biji telur
Kaedah
- Masakkan bahan A hingga semua larut dan sebati.
- Kemudian masukkan bahan B dan masak dengan api yang besar hingga mengelegak dan adunan menjadi berbintil-bintil. Masukk ke dalam acuan dan biar puding menjadi keras sedikit.
Bahan-bahan A
- 2 biji kuning telur.
- 50 gram mentega cair.
- ½ esen vanilla
- 95 g susu pekat
Bahan – bahan B
- 5g serbuk agar-agar
- 2 sudu besar gula
- 300 ml air
Kaedah
- Kacau rata bahan A hingga sebati.
- Masak bahan B hingga mengelegak. Masukkan bahan A sedikit sahaja ke bahagian B. Ini bertujuan untuk menyamaratakan suhu kedua adunan. Ini untuk mengelakkan telur dalam bahan A,menjadi masak dan menyebabkan puding tidak cantik..
- Tuang kedalam agar-agar pandan tadi. Ingat untuk cakar-cakarkan dahulu,supaya puding mentega melekat elok diatasnya.
9) Resepi Puding Karamel Kastad
Jika anda pengemar puding pasti anda pernah makan original puding di Family Mart. Resepi ini mempunyai rasa yang hampir 100% sama dengannya. Anda harus mencubanya sendiri untuk menikmati keenakannya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
Karamel
- 3 sudu besar gula dipanaskan hingga perang dan cair.
- Tuang kedalam loyang kek bulat saiz 8″.
- Biarkan seketika.
Kastad
- 1 cawan penuh full cream milk.
- 1 cawan penuh krim putar/masakan.
- 1/2 cawan gula
- 3 biji telur ditambah dengan 3 kuning telur
- 2 sudu kecil esen vanila
Kaedah
- Pertama panaskan oven pada suhu 160 celcius. Sediakan loyang bulat saiz 8″ yang telah siap dengan karamel gula tadi.
- Masukkan semua bahan kastad dalam periuk. Dengan api perlahan kacau hingga gula larut. Tak perlu hingga ia mengelegak ye.
- Tuang perlahan dalam loyang. Bakar dengan teknik steambath selama 40 min. Bila da cukup 40min,buka pintu oven sedikit dan biarkan puding didalamnya selama 30 min sebelum dikeluarkan.
- Terbalikkan perlahan2 atau kalau tak yakin masukkan dalam peti ais beberapa jam dulu.
10) Resepi Puding Laici Segar
Imej via Facebook
Berikut ialah resepi puding laici segar dan mudah yang dikongsikan oleh Norita Ahmad di laman Facebook. Puding ini sedap kerna ia menggunakan laici dan digemari ramai. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Puding Laici Segar
Bahan-bahan :
- 10 gram agar-agar serbuk,
- 2 liter air,
- 2 cawan gula,
- 1 tin susu cair.
Cara-cara :
- Masak air dan gula sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan serbuk agar-agar bersama laici sedikit dalam ¼ cup atau ½ cup.
- Masukkan susu cair, kacau-kacau, tutup api.
- Tinggalkan lebihan air laici untuk letak di atas puding nanti.
- Basahkan acuan kalau pakai acuan.
- Jika sudah sederhana sejuk agak-agak keras baru tuang sedikit air laici ke atas puding tadi.
- Taburkan laici.
- Sejukkan dan siap.
Itulah dia 10 resepi yang telah kami kumpulkan di dalam koleksi kali ini. Kongsikan bersama rakan-rakan anda dan cubalah resipi yang di dalam ini sebagai hidangan istimewa ataupun ketika merayakan hari raya. Jadikan puding sebagai pencuci mulut pilihan anda selamat mencuba
via Rencah Rasa
Post a Comment