Cara Masak Bihun Goreng Paling Senang. Gerenti Sedap & Menjadi!

Cara Masak Bihun Goreng Paling Senang. Gerenti Sedap & Menjadi!

Resipi bihun goreng yang sedap dan paling mudah nak masak. Bihun pun rasa lembut basah-basah je, tak kering atau kasar. Ikuti cara-cara memasaknya di bawah.

Cara Masak Bihun Goreng Paling Senang. Gerenti Sedap & Menjadi!




BACA JUGA:Cara Buat Macaroni Cheese Yang Super Sedap Macam Di Kafe Western

Resipi Bihun Goreng Mudah & Sedap

Bahan Tumis (dikisar):

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Kering (yang dah direbus/rendam air panas)
  • Udang kering
  • Tomato

Bahan-bahan lain:

  • Rendam bihun dengan air biasa (Jangan rendam dengan air suam/air panas. Nanti bihun lembik)
  • Perencah Bihun Goreng Adabi – ni saya suka tambah. Lagi sedap.
  • Sos tiram, kicap manis, kicap masin
  • Bahan rencah/lauk pauk ikut citarasa masing-masing (Dada ayam, sotong & udang, fish ball & fish cake, daging)
  • Sayur (Kobis, carrot, daun bawang)
  • Tauhu yang sudah digoreng
  • Bahan hiasan (hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis & bawang goreng)




Cara Memasak:

1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

2. Masukkan perencah bihun goreng adabi, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.

3. Kemudian masukkan rencah mengikut citarasa masing-masing seperti dada ayam, sotong, udang, fish ball, fish cake dan daging.

4. Selepas dah masukkan bahan tadi, tutup kuali dan perlahan sedikit api supaya nak bagi semua rencah/lauk-pauk keluarkan air. Sebab itu saya tak letak air dlm bihun saya. Semua air dari rencah je. Pastikan tutup kuali sebab kalau tak tutup takkan keluar air banyak sangat.

5. Bila semua rencah dah masak, boleh masukkan sayur. Bila semua sayur dah lembut, Masukkan garam & gula.

6. Akhir sekali masukkan bihun yg dah di tos. Gaul semua sampai rata.

7. Masukkan tauhu yang dah digoreng. Kalau rasa kurang masin boleh la tambah garam atau kicap masin sikit.

8. Kalau rasa kering atau bihun keras baru tambah air panas sikit.

9. Untuk hiasan: taburkan hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis dan bawang goreng.

10. Sedia untuk dihidangkan.

*

Selamat Mencuba!




Resepi OlehResipi & Foto: Ayu Mashruddin via Rencah Rasa

 ________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post