Menu tengah hari ni kita masak yang simple, jom buat bubur nasi yang di kongsi oleh Yatie Kitchen ni.
BACA JUGA:10 Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Antibodi Badan Kita – Ikhtiar Dalam Melawan Jangkitan Covid-19
Bahan-bahan:
1 pot beras
1 ekor ayam (potong dua)
4 sekawan
1 cm halia
1 paket sup bunjut
4 biji kiub pati ayam
2 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukupnya
Bahan kangkung goreng belacan:
Secubit belacan
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ikat kangkung
3 biji cili padi (ditumbuk)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
Cara memasak:
1.Rendam beras semalaman, masukkan ke dalam periuk dan letakkan air jangan pekat sangat atau cair. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus. Rebus setengah ekor ayam bersama empat sekawan, sup bunjut dan halia yang dihiris nipis.
2.Masukkan kiub pati ayam dan rebus hingga stok menjadi sedikit pekat. Setelah stok masak,masukkan ke dalam periuk bubur tadi perlahan-lahan.Kacau perlahan, jangan masukkan stok terlalu banyak.
3.Keluarkan ayam tadi dan carik-carikkan isinya,kemudian masukkan semula ke dalam bubur tadi dan kacau perlahan. Apabila bubur sudah nampak sedikit likat,masukkan minyak bijan, lada putih,lada hitam,pati ayam dan garam secukup rasa.Kacau sebati dan siap.
4.Untuk kangkung goreng belacan, tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis dengan minyak dan sedikit sahaja minyak bijan. Hiaskan dalam satu mangkuk bersama bahan sampingan dan sedia untuk dimakan.
Kredit: Yatiekitchen
Resepi Oleh RASA.
Resepi Oleh
Post a Comment