Jika anda sukakan sandwic, resepi Sandwich Telur perkongsian saudari Roha Adrinna ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Guna dua bahan sahaja.
BACA JUGA:Terung Goreng Tepung, Resepi Unik dan Sedap.
Nak lebih sedap, kepingan roti boleh disapu dengan marjerin atau mentega. Pasti berselera makan. Anak-anak pun suka. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
Resepi Sandwich Telur Mudah, Intinya Hanya Guna 2 Bahan
Bahan-Bahan:
Roti sandwichresepi
Telur
Mayonesresepi
Lada sulah – jika sukaresepi
Garam @ perasa – jika perlu
Cara-Cara Membuatnya:
1.Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung kepada banyak mana sandwic yang anda mahu buat.
2.Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.
3.Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.
4.Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing.
5.Gaul inti hingga sebati.
6.Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan tumbuhan terlebih dahulu.
7.Sandwic Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi & foto: Roha Adrinna Via Rasa
Resepi Oleh
Post a Comment