Resipi Kek Kukus Masam Manis, Rasa Kek Orang Dulu-Dulu. Sedap Sangat!

Resipi Kek Kukus Masam Manis, Rasa Kek Orang Dulu-Dulu. Sedap Sangat!

Resipi lama orang dulu-dulu, rasa kek yang berlemak, masam manis dan wangi. Sesiapa sahaja pasti akan menyukainya, memang sedap untuk dicuba boleh di hidangkan waktu raya nanti!

Resipi Kek Kukus Masam Manis, Rasa Kek Orang Dulu-Dulu. Sedap Sangat!


RESIPI KEK KUKUS MASAM MANIS

BACA JUGA:Kek Batik Kudapan Yang Disukai Ramai



BAHAN-BAHAN:


loading...




  • 5 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus (biskut marie pun boleh)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 tsp baking powder
  • Haw Flakes secukupnya
  • Pewarna – ikut suka
CARA MEMASAK:

1) Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.

2) Mentega dan gula diputar sehingga kembang.

3) Kemudian masukkan telur dan putar lagi

4) Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.

5) Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.

6) Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).

7) Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.

Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.

Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.
















Kongsi resipi: Masura Mastori

Kredit -  Rasa.



Resepi Oleh
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post