Bila dapat ruang bilik yang kecil, mesti kita akan rasa runsing untuk fikir cara-cara mendekorasi bilik itu agar nampak lebih selesa.
BACA JUGA:“Dilahirkan Dalam Keadaan Serba Kekurangan”” – Kisah Tauke Permaidani Ini Amat Memberi Inspirasi
Tips dekorasi bilik kecil
Gunakan warna pastel
Warna-warna lembut dan pastel akan membuat ruang yang kecil nampak lebih luas. Ia juga akan memberi mood yang menenangkan dalam pada masa yang sama
Perabot yang minimal
Setelah selesai mengecat bilik, penggunaan perabot juga merupakan faktor yang penting. Bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari. Oleh itu, penggunaan perabot yang kurang akan menyebabkan ruang bilik nampak lebih luas.
Cermin bilik
Cermin akan memberikan dimensi yang lebih luas buat ruang bilik yang sempit. Lagi besar cermin, lagi luas bilik akan kelihatan.
Cahaya yang terang
Jika bilik anda mempunyai tingkap, gunakan langsir yang berwarna cerah bagi memberi kesan tingkap nampak lebih tinggi. Jangan lupa perbaiki lampu jika rosak bagi mendapatkan pencahayaan yang lebih baik.
Cadar yang lembut
PIlih cadar yang menggunakan warna terang dan kurang bercorak. Cadar akan mempengaruhi emosi dan memberi kesan katil kelihatan tidak serabut.
Ha, mudah sahaja bukan. Selamat mencuba!
Kredit: Gempak
Resepi Oleh Oh! Media.
Post a Comment