Buat Sendiri Apam Puri Lembut Gebu. Tengok Pun Dah Tahu Sedap, Makan Tak Cukup Satu

Buat Sendiri Apam Puri Lembut Gebu. Tengok Pun Dah Tahu Sedap, Makan Tak Cukup Satu

Comel sungguh kuih apam puri ni. Tengok pun dah tahu sedap. Cuma tak ramai yang jual kuih ini.

Buat Sendiri Apam Puri Lembut Gebu. Tengok Pun Dah Tahu Sedap, Makan Tak Cukup Satu


Kalau suka makan, tak salah kita belajar buat sendiri kan. Lagi puas makan, sebab selalunya memang tak cukup satu. Nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zainoor Aliza Ali.



BACA JUGA:Resepi Kuih Penyaram Guna Sukatan Cawan, Ini Tips Hasilkan Kuih Yang Cantik!

Buat sendiri apam puri lembut gebu


Bahan untuk inti kastard
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan santan (Kara)
½ cawan perisa jagung
¾ cawan gula
2 sb tepung kastard
1 sb Buttercup
Garam





Cara membuat:

  • Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati. Kemudian tapis masukkan ke dalam periuk.
  • Masak di atas api yang perlahan hingga likat.


Bahan untuk kulit apam
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 sb minyak masak
1 biji telur
1sk baking powder
½ paket yis
Garam
Pewarna


Cara membuat:

  • Satukan kesemua bahan ke dalam bekas dan putar guna hand mixer. Biarkan dalam bekas kedap udara selama 25-30 minit.
  • Panaskan pan, sapukan sedikit minyak kemudian sendukkan adunan.
  • Bila dah mula menggelembung boleh angkat.
  • Isikan inti kemudian tekap guna acuan karipap. Siap!

Sumber: Zainoor Aliza Ali




Resepi OlehVanilla Kismis.
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post