Kalau menyewa rumah selalunya memang dapur tiada kabinet. Yang ada cuma singki.
Cara Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet, Cuma Guna Meja Banquet Tetap Nampak Kemas & Cantik |
BACA JUGA:DIY Baiki Pintu Rumah Yang Pecah & Berlubang Edisi Bajet. Hasilnya Elok Macam Pintu Baru Beli
Tapi kalau kreatif, sebenarnya tanpa kabinet dapur boleh nampak teratur. Caranya boleh ikut perkongsian kreatif Adiha Adib yang hanya menggunakan meja banquet sebagai penyelesaian. Pandai-pandailah kita menyusun atur untuk meletakkan barang dapur supaya nampak kemas.
SEBELUM
Baru masuk rumah, hanya ada singki saja
SELEPAS TRANSFORM
DIY meja banquet jadi kabinet
1) Pastikan ada meja banquet yg muat untuk ruang dapur yg diperlukan (contoh gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)
Meja banquet:
• Carousell : Rm45
• Shopee : Rm70
2) Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan singki.
(Take note ketebalan kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yg diperlukan. Contoh: Dari dinding ke singki
Kayu:
• Kayu terpakai Meru : 2 keping RM25
3) Tinggikan meja banquet selaras dengan singki, menggunakan besi yg beli di kedai hardware (8 batang untuk 2 meja banquet)
Ukur siap-siap panjang besi yg diperlukan,=
Baki ketinggian yg diperlukan = Ketinggian Singki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)
Panjang besi = Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal
Besi
• 8 batang RM17
4) Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh
Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah : Rm60
5) Finishing:
Pasang Wallpaper pada kayu & Gam skirting
Tampal Velcro (belah kanan) menggunakan GAM.
GAM Dunlop RM3+
• Kedai DIY
SELEPAS
- Brick Wallpaper (Grade C) : 10meter RM20
- Marble Wallpaper : 6meter Rm27
- Bekas: Rm2.00+ / botol
- 2 ply & Kedai Eco
- Langsir meja + Velcro : RM83
- Skirting Miety Zain
- Rak Ikea (Lerberg): RM69
Sumber -
Post a Comment