Berisiko Jadi Punca Kanser Usus, Ini 5 Bahaya Sosej Ibu Bapa Wajib Tahu

Berisiko Jadi Punca Kanser Usus, Ini 5 Bahaya Sosej Ibu Bapa Wajib Tahu

Gaya hidup moden seakan tak dapat dipisahkan dengan perkara yang serba ringkas, serba cepat.

Berisiko Jadi Punca Kanser Usus, Ini 5 Bahaya Sosej Ibu Bapa Wajib Tahu

Dek kerana sibuk, ramai ibu bapa yang menyediakan makanan berproses kepada anak-anak mereka biarpun makanan tersebut jelas tidak berkhasiat.

BACA JUGA:Air Rebusan Serai Dan Kurma Sangat Baik Untuk Melancarkan Urat-Urat Tersumbat
loading...

Umum mengetahui bahaya makanan berproses seperti sosej yang dipercayai boleh meningkatkan risiko kanser. Menurut Institut Kanser Negara, sebanyak 4 peratus kejadian kanser di Malaysia terdiri daripada golongan kanak-kanak bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Malah, sebanyak lebih 53,200 kematian akibat kanser usus dijangka berlaku pada tahun ini di Amerika Syarikat. Ia merupakan kanser kedua paling membunuh di negara itu.

Angka ini sudah pasti merisaukan berikutan gaya hidup tidak sihat dalam kalangan sebahagian rakyat Malaysia.

Berikut merupakan pesanan dari Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai bahaya sosej yang dipercayai boleh meningkatkan risiko kanser.


Ada apa dengan sosej?

Di dalam kesibukan dengan kerja dan aktiviti seharian, ramai ibu bapa cenderung menyediakan makanan segera atau makanan terproses ( processed food) bagi santapan anak-anak kerana penyediaannya yang mudah, ringkas dan cepat.

Salah satu yang menjadi kegemaran anak-anak adalah sosej. Ada sesetengah ibu bapa menganggap bahawa sosej memberi kandungan nutrisi yang sama seperti daging atau ayam segar.
loading...

Tidak sama sekali.

Sosej bukan daging sebenar.

Tahukah kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.

Sosej merupakan sejenis makanan terproses yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Tinggi kandungan lemak tepu (Lemak Trans meningkatkan risiko kanser)
Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
Tinggi bahan pengawet
Boleh meningkatkan tahap kolesterol “jahat” dalam badan
Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus

Oleh itu, pilihlah makanan yang segar dan kurangkan pengambilan makanan segera atau diproses.
Tambah KKM, sosej juga boleh meningkatkan risiko kanser usus dan obesiti di samping meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam badan.

Melihat kepada bahaya sosej, kita perlu mengelakkan pengambilan makanan berproses sebaiknya bagi menjaga kesihatan diri dan keluarga dalam jangka masa panjang.

info.jpg


Sumber: Siakapkeli.my



________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post