Kuih Lapis Labu Lemak Manis. Lembut Bergedik Memang Sedap.

Kuih Lapis Labu Lemak Manis. Lembut Bergedik Memang Sedap.

Sedapnya Kuih Lapis Labu ni. Mana tidaknya, kuih tradisional ni dibuat menggunakan santan asli dan juga labu segar.

Kuih Lapis Labu Lemak Manis. Lembut Bergedik Memang Sedap.

Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi Kuih Lapis Labu Gedik perkongsian saudari Marlia Lia ni antara yang terbaik boleh dicuba. Tanpa pewarna tambahan dan bahan-bahannya pun sangat ringkas. Jom lihat cara pembuatan kuih ini.

BACA JUGA:Cara Buat Cekodok Bebola Keledek Manis Ala Thai Lembut Di Dalam Garing Di Luar
loading...

KUIH LAPIS LABU GEDIK

BAHAN A:

  • 1/4 biji labu saiz sederhana
  • 4 cawan santan segar – dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku.

BAHAN B:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan gula halus – kisar gula supaya senang larut
  • 1/4 sudu teh garam

loading...

CARA MEMASAK:

1. Kupas labu dan kukus hingga lembut. Kemudian kisar halus guna pengisar kering. Dapat anggaran 1/2 cawan selepas dikisar. Ketepikan.

31958737_10156357169862094_3774236604810

31946071_10156357169957094_5029813819271

2. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan-bahan B. Adun hingga rata. Ketepikan.

Untitled-design.png

3. Panaskan santan di dalam periuk menggunakan api perlahan sambil dikacau.

31948996_10156357170492094_6637241282970

4. Tuang santan suam ke dalam campuran bahan B. Kacau hingga sebati menggunakan pemukul tangan (hand whisker). Tapis.

31948970_10156357170562094_6232348750266

31947003_10156357170707094_8856891849105

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan labu dan satu lagi dibiarkan pada warna asal.

31531404_10156357170752094_2566257738342

6. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Ambil loyang bulat bersaiz 9 inci dan oleskan sedikit minyak.

7. Panaskan loyang didalam kukusan terlebih dahulu sebelum mula melapis. Pastikan kukus kuih guna api sederhana.

8. Tuang adunan putih terlebih dahulu. Kukus selama 5 minit kemudian barulah dimasukkan adunan labu. Pastikan jumlahnya sama supaya ketebalan lapisan kelihatan sama. Ulang langkah sama hingga habis. Lapisan terakhir perlu dikukus selama 20-25 minit.

9. Untuk memastikan kuih lapis tidak cepat basi, selepas siap dikukus, buka penutup kukusan dan teruskan memasak kuih selama 5-10 minit lagi. Ia bertujuan untuk mengeringkan wap air atas kuih.

31946558_10156357170862094_4662087807538

10. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

31947901_10156357169762094_2144622830413

Kredit resipi & foto: Marlia Lia via Rencah Rasa




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post