Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak, Memang Terbaik!

Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak, Memang Terbaik!

Rasanya tidak ramai anak muda zaman sekarang yang makan pisang muda masak lemak cili api.

Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak, Memang Terbaik!

Menu orang dulu-dulu yang memang penuh dengan nostalgia. Sangat sedap, lagi-lagi bila ditambah tempoyak dan ikan bilis. Jika anda teringin nak cuba menu ini, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Selamat mencuba!

BACA JUGA: Resepi Oseng Kerang Dara Pedas Manis
loading...

RESIPI PISANG MUDA MASAK LEMAK CILI PADI TEMPOYAK & BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • Pisang muda
  • Cili padi (ditumbuk)
  • Kunyit hidup (ditumbuk)
  • Tempoyak
  • Asam keping
  • Ikan bilis
  • 1 1/2 biji kelapa parut (perah ambil pati)
  • Garam

106547115_3239413659455802_5489565506497


loading...

CARA PENYEDIAAN:

1. Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili padi, ikan bilis dan pisang.

106456563_3239413866122448_5702693107072

2. Masak dan kacau sehingga mendidih.

3. Bila agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak.

4. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.

5. Siap!

106382024_3239414239455744_3657384308264

Nota:

  • Pisang perlu dicuci bersih. Potong dan rendam dengan air garam dan asam keping.
  • Jika nak lebih sedap, guna pisang kapas.

106419024_3239414416122393_2275476645110

Jika anda mahu beli BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.

KREDIT FOTO & RESIPI: SuiSan Aliezsha  via Rencah Rasa




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post