Resepi Laksa Utara Sedap & Pekat Melikat Semudah ABC. Rugi Tak Cuba

Resepi Laksa Utara Sedap & Pekat Melikat Semudah ABC. Rugi Tak Cuba

Jalan-jalan ita ke utara tempoh hari menemukan ita dengan laksa utara yang pada ita sedap sangat, tak terlalu berat dan macam simple je.. rasa memang sedap... pulak tu bila makan tepi bendang dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan kelihatan burung bangau yang mengejar jentolak yang membajak sawah.. asyik.. asyik.. asyik..

Resepi Laksa Utara Sedap & Pekat Melikat Semudah ABC. Rugi Tak Cuba

Mula suami ita tak yakin ita boleh makan.. ialah ita ni cukup cerewet bab makan.. yang hanyir-hanyir dan berbau kuat ita tak boleh makan. tapi laksa ni memang menambat selera dan buatkan ita teringat-ingat sampai rumah. Itu yang mendorong ita kuat untuk buat sendiri.

BACA JUGA:Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak, Memang Terbaik!
loading...

Teknologi sekarang dah cangih.. semua di hujung jari je.. dengan perkongsian dari rakan-rakan dapatlah ita cuba resepi yang di idamkan untuk berbuka puasa

Apa tunggu lagi.. jom ikut ita masuk dapur kita sediakan laksa utara untuk berbuka puasa

3Y2A7751.jpg



LAKSA UTARA

5 ekor ikan kembung ~
siang bersih , campurkan dengan asam keping dan garam, kemudian rebus.
Bila dah masak, asingkan ikan, air rebusan jangan buang , kita akan gunakan untuk buat kuah laksa
Isi ikan asing kan dengan tulang dan kepala
Isi ikan kisar jangan halus sangat. Ita penyek-penyek je dengan garfu
Kepala dan tulang, masuk dalam blender tambah air dan kisar, kemudian tapis. Buat 2 kali atau 3 kali tapis
dah siap ketepikan

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering ~ rendam hingga kembang atau rebus kejap
1 biji bbawang besar
5 ulas bawang merah
2 inc belacan

6 keping asam keping
2 pokok daun kesum
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2
garam secukup rasa
air secukupnya

Masukkan isi ikan dan stock ikan ke dalam air rebusan ikan dan masak semula hingga didih
Kemudian masukkan bahan kisar
Bila dah didih masukkan
asam keping, bunga kantan, daun kesum
Bila kuah dah didih perasakan dengan garam secukup rasa

Kuah laksa yang sxedap kena masak lama anggaran 2 ~ 3 jam
Setengah masa kita tunggu kuah dia njadi 1/2 periuk tu keluarkan separuh asam keping, takut nanti kuah jadi masam sangat
Lepas tu sambung masak lagi sampai kuah dia jadi 1/2 periuk baru terangkat makan!

loading...

Bahan Laksa

1 bungkus laksa beras ~ di celur
Daun selum / daun putat/ pucuk gajus / ulam raja
bawang besar hiris ( bawang merah )
Limau nipis
Telur rebus
Cili padi hiris

Caranya

Masukkan laksa yang dah di celur dalam mangkuk
Tuangkan kuah laksa
Taburkan daun selum / daun putat / pucuk gajus / ulam raja
letak telur rebus 1/2 biji
Taburkan hirisan cili padi
Perahkan limau nipis
Perghhhh!!! terangkat

3Y2A7824.jpg
3Y2A7824.jpg




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post