Daging masak hitam ni femes kalau time nak raya. Tapi sebab sedapnya hidangan ni, time bukan musim raya pun daging masak hitam ni tetap digemari.
BACA JUGA:Daging Bakar Air Asam, Hidangan Sedap Tak Boleh Bawak Bincang
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN
1/2 kilogram daging
1 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3 biji buah keras
1 inci halia
3 batang serai
1/2 cawan kicap
1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit gula melaka (gula putih pun boleh)
Garam
Cili hijau dan cili merah (dihiris)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
Sedikit bawang goreng
Sebelum dimasukkan kicap.
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, rebus daging. Kemudian potong nipis. Simpan air rebusannya juga. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, cili kering, buah keras, halia dan serai.
3. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi.
4. Masukkan daging. Kacau sebati.
5. Masukkan kicap dan air rebusan daging.
6. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Kacau sebati.
7. Taburkan cili hijau dan cili merah.
8. Masukkan bawang besar. Kacau.
9. Semasa dihidang, taburkan sedikit bawang goreng.
Post a Comment