Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome

Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome

Selepas resepi sambal belacan kedai Siam, cikgu nak kongsi pula resepi sambal kicap. Cikgu orang Kelantan tulen. Tapi sangat suka sambal kicap ala orang Johor ni. 

Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome

 

Cikgu suka buat jadi ibu sambal kicap simpan dalam peti. Walaupun semua orang dah tahu buat sambal ini, cikgu tetap nak bagi tips cara buat dan menambahkan kesedapan sambal kicap ini.

BACA JUGA:Resipi Daging Masak Hitam Paling Sedap
loading...

Nanti mudah nak cicah tauhu begedil, makan dengan soto. Haa nak buat bihun sup ringkas pun cikgu suka ada sambal kicap. Ramai kawan fb cikgu terliur. Sebenarnya cikgu tambah cili potong dengan letak bawang je guna sambal kicap sama. Nampak betul-betul sedap kan? Jadi cikgu nak kongsilah sambal kicap ikut gaya cikgu sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 genggam cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih

+ Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama, goreng seketika dua bahan di atas. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.



loading...

Cara Buat:

1. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

 2. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.

 

3. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:

1. Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.

2. Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai.


 

 Resepi Oleh: Afy AL Habibi via resepibonda



________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post