Favourite Semua! Wanita Ini Kongsi Resepi Masak Sardin Super Sedap & Pekat Likat, Suami Berkali-Kali Tambah Nasi!

Favourite Semua! Wanita Ini Kongsi Resepi Masak Sardin Super Sedap & Pekat Likat, Suami Berkali-Kali Tambah Nasi!

Sardin merupakan antara lauk yang digemari hampir semua orang. Kebiasaannya masakan sardin ini sangat terkenal pada musim hujan atau banjir. 

Favourite Semua! Wanita Ini Kongsi Resepi Masak Sardin Super Sedap & Pekat Likat, Suami Berkali-Kali Tambah Nasi!

 

Disebabkan jalan tidak boleh dilalui maka tidak dapat membeli lauk pauk yang segar jadi masaklah sardin. Nak masak sardin yang sedap serta pekat likat pun ada caranya juga tau. Bukan main campak je. Cara masak sardin super sedap ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Jom kita ikuti perkongsianya.

BACA JUGA:Resepi Ikan Asam Rebus
loading...

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin sardin besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas cili hijau
  • Serbuk cili
  • Air
  • Sedikit minyak masak
  • 1 sd serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN:

  1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijau tu biarkan je, saya campak akhir sekali ke dalam masakan.
  2. Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.


loading...
  1.  
  2.  
  3. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Ni kalau ada hirisan halia ni lagi wangi ni.
  4. Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan 1 asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Saya campak cili hijau utk rasa picit2 masa makan dengan nasi nanti.
  6.  
  7. Siap dihidangkan bersama telur dadar dan ulam pucuk bayam brazil.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Zurina Zulkefli Via MAHN





________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post