Resepi Yee Mee Ayam dan Cendawan

Resepi Yee Mee Ayam dan Cendawan

Resepi Yee Mee Ayam dan Cendawan

Resepi Yee Mee Ayam dan Cendawan

 



BACA JUGA:Koleksi 10 Resepi Pasta Paling Popular Di Negara Kita
loading...

Bahan-Bahan:

  • ayam – Potong kecil-kecil
  • 1 gulung yee mee
  • 2 biji cendawan kering (rendam hingga kembang dan belah 2)
  • 3 tangkai cili kering (potong dalam 1 inci )
  • I inci halia (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 pokok sawi (siang dan dicelur sekejap)
  • 5 sb kicap pekat
  • 3 sb sos tiram
  • 3 cawan air (kalau nak kuah banyak letak air lebih)
  • 1 biji telur
  • 1 sb tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan perasa
 

loading...

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam. Tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam. Biarkan ayam separuh masak. Masukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.

3. Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasa dengan garam dan serbuk perasa. Terpulang ye nak kuah pekat macam mana.

4. Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee. Akhir sekali masukkan sawi yang dicelur dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi, biarkan sehingga masak.

 

5. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur. Taburkan serbuk lada sulah dan boleh lah tambah cili potong untuk menambah selera. Siap, Selamat mencuba.

Nota: Hidangan ini untuk seorang. Kalau nak buat lebih gandakan bahan ye.

Resepi Yee Mee Ayam dan Cendawan

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman via resepibonda





________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post