Buat Sendiri Pisang Goreng Rangup Macam Beli Di Gerai, Peniaga Otai Kongsi Cara Bancuh Tepung

Buat Sendiri Pisang Goreng Rangup Macam Beli Di Gerai, Peniaga Otai Kongsi Cara Bancuh Tepung

Waktu PKP ini nak beli pisang goreng pun tak banyak gerai yang buka. Jadi kalau teringin memang kena buat sendiri.

Buat Sendiri Pisang Goreng Rangup Macam Beli Di Gerai, Peniaga Otai Kongsi Cara Bancuh Tepung

 

Jika nak hasilkan pisang goreng yang rangup macam kita selalu beli di gerai boleh ikut resepi bancuhan tepung yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh.

BACA JUGA:Tip Kacang Hijau Cepat Lembut, Tak Perlu Rendam & Rebus Lama. Sebelum Masak Buat Macam Ini
loading...

Sukatan bancuhan tepung pisang goreng rangup


Musim PKP ini payah nak makan pisang goreng kan. Dengan ini saya izinkan berkongsi resipi tepung pisang goreng yang rangup. Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki. Ini resipi abang saya yang berniaga hampir 15 tahun.

Bahan-bahan
Tepung beras 3 paket (1.5kg)
Tepung gandum 500g
Garam secubit
Gula sesenduk kecil
Kapur sebesar ibu jari
Telursebiji
Serbuk kunyit satu sudu

 

loading...



  • Bancuh bahan ini dengan air, jangan terlalu cair. Pekat sedang-sedang.
  • Masuk pisang yang dipotong dalam bancuhan dan goreng dalam minyak panas.
  • Bagi yang nak berniaga pisang goreng pun boleh guna resepi ini kerana kuantitinya banyak.

Selamat mencuba.

Sumber: Yayar B. Awang Noh via Vanilla Kismis





________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post