Selain Makan Terus, Boleh Cuba Buat Rambutan Asam Boi Pulak

Selain Makan Terus, Boleh Cuba Buat Rambutan Asam Boi Pulak

Musim rambutan sekarang, selalu kita makan begitu saja. Kupas kulit terus makan.

Selain Makan Terus, Boleh Cuba Buat Rambutan Asam Boi Pulak

 

Tapi selain itu ada lagi cara untuk kita menikmati buah ini. Untuk kelainan boleh cuba rambutan asam boi pula. Peminat asam kena try.

BACA JUGA:Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka
loading...

Caranya dikongsi oleh Ani Zam.

Resipi rambutan asam boi


Bahan-bahan;

Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula



loading...


Cara membuat;

  1. Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.

2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.

3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.

4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.

5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam

6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba.

Sumber : Ani Zam via Vanilla Kismis




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post