Mudah Sangat Nak Buat Apam Lempeng! Hanya Guna 5 Bahan Saja

Mudah Sangat Nak Buat Apam Lempeng! Hanya Guna 5 Bahan Saja

Pernah tak rasa buntu nak buat sarapan untuk anak-anak dan suami? Haa, anda boleh buat Apam Lempeng! Mudah sangat nak buatnya. 

Mudah Sangat Nak Buat Apam Lempeng! Hanya Guna 5 Bahan Saja

 

Makan panas-panas, cicah denga kelapa, sambal bilis atau kari. Memang terbaik!

BACA JUGA:Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang
loading...

Kalau rasa nak makan macam di MacCafe, sapukan saja butter Dan madu. Dah macam pankek dah. Sedap sangat!


Perkongsian resipi daripada Umi Watie ini sangat gebu, lembut dan wangi. Buatlah, anak-anak mesti suka.

APAM LEMPENG

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum 
1 biji telur
Secubit garam
5 sudu besar gula (saya guna gula perang)
1 sudu besar yis 
2 cawan air

CARA-CARA:

1.Campurkan semua bahan dalam bekas. Air tu suhu bilik saja. Tak perlu guna air panas atau air sejuk.



loading...



2. Kacau-kacaukan semua bahan supaya sebati. Kalau suka manis, boleh tambah lagi gula ya.



3. Dah sebati pun semua bahan. Perap selama 15 atau 20 minit ya.



4.Lepas 15 minit perap, adunan dah elok berbuih. Itu tandanya yis kita hidup.
5. Panaskan kuali. Saya guna kuali anti lekat. Sapukan marjerin planta. Bubuh sesenduk atas kuali yang panas. 1 adunan dapat 12 keping.





6. Bila belah atas dah elok kering, terbalikkan. Guna api kecil saja.


Kredit resipi: Umi Watie via Rasa



________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post