Mudah Tapi Sedap, Layan Makan Sejuk Jeruk Rambutan Asam Boi

Mudah Tapi Sedap, Layan Makan Sejuk Jeruk Rambutan Asam Boi

Sana sini orang muat naik gambar rambutan. Al maklumlah tengah musim sekarang ni kan.

Mudah Tapi Sedap, Layan Makan Sejuk Jeruk Rambutan Asam Boi


Tapi kalau dah banyak rambutan, macam mana nak simpan? Silap haribulan terbiar macam tu je.

BACA JUGA:Guna Sudu Plastik Saja, Cara Senang Keluarkan Biji Rambutan
loading...

Jadi, dari terjatuh busuk, baik ambil buat rambutan asam boi. Cara buat pun mudah sangat.

Hasil perkongsian Dewi Fairuz Ruhaiza Kamarudin ini membuatkan kecur air liur tengok rambutan asam boi ni.

JERUK RAMBUTAN ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:

Buah rambutan
Asam boi 
Cili padi hijau | dihiris menyerong 

 

CARA-CARA:

1.Kupas kulit rambutan terlebih dahulu.



2. Kemudian, sediakan dua bekas berasingan. Buang biji rambutan.
3. Hiris dua isi rambutan. Atau jika suka, boleh hiris halus tapi jangan terlalu halus pula ye.


loading...




4.Gaulkan isi rambutan dengan asam boi dan cili padi.
5. Isikan dalam botol. Dah siap, bolehlah masuk dalam peti ais. Uish, sedapnya makan sejuk-sejuk ni kan.



Kredit resipi: Dewi Fairuz Ruhaiza Kamarudin via Rasa




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post