Rahsia Buat Kek Span Pandan Yang Lembut Gebu & Sedap

Rahsia Buat Kek Span Pandan Yang Lembut Gebu & Sedap

Sedapnya Kek Span Pandan ni! Kek yang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba resipi ni.

Rahsia Buat Kek Span Pandan Yang Lembut Gebu & Sedap


Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Hidayah Fareez.

BACA JUGA:Kek Pisang Kukus Gebu Ya Amat, Sedap Dimakan Panas-Panas
loading...

CARA BUAT KEK SPAN PANDAN LEMBUT GEBU


BAHAN-BAHAN:
5 biji telur B – jika guna gred A, guna 4 biji
1 cawan tepung kek bluekey – ayak 
1 cawan gula – kisar halus gula terlebih dahulu kemudian baru disukat (empunya resipi kurangkan sedikit sukatan untuk kurangkan manis
1 sudu makan perisa pandan 
1 sudu teh pewarna hijau 
1 sudu makan ovalette 
1/2 cawan minyak – boleh juna minyak masak/jagung/sayur

CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan diatas kecuali minyak masak. Pukul hingga gebu.
2. Bila adunan kelihatan kembang dan gebu, masukkan minyak. Kaup balik menggunakan spatula. Tidak perlu pukul lagi.
3. Ambil loyang dan alas dengan baking paper. Tuang adunan kek.
4. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Guna api atas bawah. Harus diingat, masa memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.


loading...




5. Bila kek sudah masak keluarkan kek dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.



INFO:
Jika mahu buat kek setengah adunan, boleh kurangkan telur kepada 3 biji, 1/2 cawan tepung dan 1/2 cawan gula. Begitu juga dengan sukata ovalette dan minyak perlu dikurangkan. Waktu membakar boleh set kepada 30 minit sahaja atau sehingga masak.

Kredit resipi & foto: Hidayah Fareez via Rasa




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post