Buat Sendiri Kuih Peria Sedap & Lembut. Begini Cara-Caranya

Buat Sendiri Kuih Peria Sedap & Lembut. Begini Cara-Caranya

Suka makan Kuih Peria? Kuih tradisional ni memang punya peminatnya yang tersendiri. Ramai yang beranggapan kuih ni susah nak buat. Tapi sebenarnya mudah je.

Buat Sendiri Kuih Peria Sedap & Lembut. Begini Cara-Caranya


Jom cuba resipi perkongsian saudari Aida Syuhada ni. Nampak mudah dan tidak renyah. Nanti anda boleh cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

BACA JUGA:Cara Masak Kuih Lepat Pisang Sedap Guna Resipi Tradisi
loading...

RESIPI KUIH PERIA


BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung pulut 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • Santan cair secukupnya – empunya resipi campur sedikit garam dalam santan
  • Inti kacang merah secukupnya – empunya resipi beli inti yang sudah siap. 
  • Pewarna makanan – ikut kesukaan

CARA MEMASAK:

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.

2. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga jadi doh.

3. Jika mahu buat kuih berwarna, tambahkan sedikit pewarna makanan.

4. Cubit doh dan leperkan. Letak inti secukupnya dan bentukkan menjadi bentuk kuih peria.

5. Sapu sedikit minyak masak supaya kuih tidak melekat. Kemudian lorekkan corak pada kuih dengan menggunakan garpu.

6. Letak kuih ke dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan plastik atau daun pisang. Kukus kuih dengan api sederhana selama 10-15 minit.


loading...



7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Aida Syuhada  via Rasa




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post