Cara Masak Ayam Kicap Jawa Style

Cara Masak Ayam Kicap Jawa Style

Ada yang berpuasa ke hari ni? Meh nak share resepi kegemaran kami sekeluarga, AYAM KICAP JAWA STYLE. Ye jawa style, walaupun kakchik selalu mengaku kakchik aweks Korea.

Cara Masak Ayam Kicap Jawa Style


Sebagai anak jawa peranakan masakan ni memang selalulah mak masak kat rumah. Memang selalu terindu-rindukan ayam kicap jawa yang mak masak.

BACA JUGA:Kerutuk Ayam Simple

Ayam kicap jawa ni paling best makan dengan nasi Dan ulam timun. Perghhh padu oih. Tak pun kalau rajin bolehlah buat tumis kubis. Memang layan habis.

Sebab tu kalau kat rumah mak tak boleh nak berdiet. Mak masak semua sedap. Nak makan sikit takut nanti teringat-ingat. Makan banyak sendiri mau ingatlah, tak muat kebaya nanti.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji kentang
  • 2 biji bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1 inci halia**
  • 1 sdb Lada hitam**
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Rempah 4 sekawan
  • Asam jawa
  • Cili hijau
  • Suhun

+ Bahan bertanda (**) kisar halus ya.

Rempah 4 Sekawan:

  • Kayu manis
  • Biji pelaga
  • Bunga lawang
  • Cengkih

Cara Memasak:

1. Gorengkan ayam yang dah di kunyit garamkan secukup rasa. Cukup sekadar tipis tak perlu macam berbedak macam opera.

2. Lepas tu gorengkan juga kentang. Kakchik guna sebiji sebab kentang tu besau. Kalau kentang rumah awak kecil gunalah 2 biji ya. Kang tak seimbang pula ayam lebih banyak dari kentang.



3. Minyak gorengan tadi kita kurangkan sikit. Tumiskan rempah 4 sekawan tadi. Bagus betul mereka bertahun berkawan baik. Tak pernah bergaduh dan saling memburukkan antara satu sama lain. Macam itulah, berkawan kenalah elok-elok.

4. Masukkan cili hijau, kakchik takde cili hijau. Bantai guna cili benggala hijau. Janji hijau, hahaha. Sebenarnya kita nakkan aromanya tu. Korang kena try baru tau bau apa yang buat ayam kicap ni lebih special dari biasa.

5. Gorengkan bahan rempah tadi Dan cili hijau sampai naik bau dan layu. Dah nampak layu angkat cili hijau tu bubuh tepi. Bukan adik angkat abang angkat hek. Itu lain.

6. Tumiskan pula bahan kisar kita sampai wangi Dan kekuningan. Hurmmm memang wangi dapur kita bila masak kicap jawa ni.

7. Tumiskan sampai pecah minyak tau. Jaga api kecil saja. Jangan sampai hangit. Kacau-kacaukan selalu biar mereka tau dunia ini bukan untuk bersenang lenang.

8. Asam jawa sebesar bola pingpong di bancuh dengan 1 cawan air. Masukkan dalam kuali. Kacau-kacaukan lagi.

Masukkan kicap manis pilihan hati. Bukan pilihan jiran apatah lagi pilihan orang lain. Buatlah pilihan yang bijak.

9. Masukkan air lagi 1 cawan. Biarkan semua bahan menggelegak ganas. Bukbukbuk gitu. Masukkan ayam dan kentang yang dah kita goreng tadi. Kacau-kacaukan lagi. Ye kena banyak kali kacau.

10. Masukkan suhun yang telah direndam terlebih dahulu. Biarkan sampai suhun lembut. Masukkan balik cili hijau tadi. Jangan lupa ejas rasa bubuh garam dan gula ikut selera. Biarkan mendidih kejap, matikan api.

Tadaaaa dah siap. Hurmmm wangi. Tak sabar betul nak makan dengan nasi panas. Hidangkan pada anak dan suami. Kalau rajin boleh tumis kubis Dan gorengkan ikan masin. Memang mantap habis.

Cara Masak Ayam Kicap Jawa Style

Resepi Oleh: Umi Watie


________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post