Resepi Kek Batik Lapis Chocolate Cheese

Resepi Kek Batik Lapis Chocolate Cheese

Ada banyak versi kek batik. Tapi saya setia dengan resepi yang satu ni. Bila anak-anak suka, malas pulak nak cuba yang lain. Saya suka biskut nampak tersusun. Yangg ni 2 resepi digabungan jadi satu. Saya pun tak ingat dari mana saya ambil.

Resepi Kek Batik Lapis Chocolate Cheese




BACA JUGA:Resepi Muffin Coklat Chip Guna Sukatan Cawan, Memang Gemuk Dan Gebu!

Lapisan Bawah

Bahan-Bahan:

  • 2/3 Cawan air
  • 1sk serbuk agar-agar
  • 250g butter (saya guna Anchor)
  • 250g susu pekat (lebih kurang 1/2 tin, ikut kemanisan masing-masing)
  • 125g milo
  • 3sb serbuk koko (saya guna callebaut)
  • 1/2sk serbuk nescafe (saya tak letak)
  • Biskut merie (lebih kurang 2 peket sekali dengan lapisan atas nanti)

Cara Membuat:

1. Alas loyang (saya guna 8″x2″) dengan plastik atau aluminium foil. Saya suka guna aluminium foil sebab lebih stabil. Guna tupperware pun boleh.

2. Masak air dengan agar-agar. Kacau hingga larut dan mendidih. Masukkan butter, gunakan api paling kecil.

3. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. Masukkan serbuk koko, gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul,padam api.



4. Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.

5. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah sehingga adunan habis. Lapisan biskut yang terakhir. Boleh simpan dalam peti sejuk seletika.

Lapisan Atas

Bahan-Bahan:

  • Biskut marie
  • 200ml susu segar dipanaskan
  • 250g cheese cream (suhu bilik)
  • 10ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Cara Membuat:

6. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar (10ml) sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.

7. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan. Panaskan 200ml susu segar, padamkan api.

8. Keluarkan loyang berisi kek batik tadi. Percikkan sedikit susu suam-suam panas tadi ke atas biskut lapisan atas.

9. Sapukan adunan cheese hingga menutupi lapisan biskut. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suam panas) dan terus susun dalam bekas (Celup 1 saat je).

10. Sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan. Boleh kisar lebihan biskut dan taburkan atas lapisan cheese. Saya ayakkan serbuk milo saja.

11. Simpan semula di dalam peti sejuk selama 1-2 jam, dah boleh potong dah tak perlu hingga semalaman.

Resepi Kek Batik Lapis Chocolate Cheese

Resepi Oleh: Mas Dalina

________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post