Daging Masak Manis

Daging Masak Manis

Daging merupakan antara sumber protein dan zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Bagi yang ingin mencuba lauk daging, anda boleh cuba buat daging masak manis. Resepi ini dikongsikan oleh Erma Azizie di laman Facebook.

Daging Masak Manis




BACA JUGA:Rendang Daging Sedap Giler

Bahan-bahan:

  • 300 g daging (dipotong kecil dan direbus hingga empuk)
  • Sedikit air rebusan daging
  • Rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu besar kepada 8 bahagian)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 sudu makan cili kering (direbus dan dikisar terlebih dahulu)
  • 1 inci halia


Cara-cara:

  1. Tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  4. Masukkan daging, sedikit air rebusan daging dan kentang untuk memekatkan kuah.
  5. Masak sehingga kentang empuk dan kuah agak pekat.
  6. Sedia untuk dihidang.



Resepi Oleh Erma Azizie
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post