Kerabu Pucuk Paku Kerang Tauge

Kerabu Pucuk Paku Kerang Tauge

Kerabu merupakan menu sampingan yang melengkapkan sesebuah hidangan, memang enak dinikmati semasa makanan tengah hari. Tambahan pula kerabu kerang, memang best! Resepi ini dikongsikan oleh Erny Yusniza Saad di laman Facebook.

Kerabu Pucuk Paku Kerang Tauge




BACA JUGA:Daging Masak Manis

Bahan-bahan:

  • 100 g tauge
  • 100 g isi kerang (sudah direbus)
  • Pucuk paku (dicelur)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar (tanpa air)

  • Sedikit belacan
  • 1 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 1 sudu kecil ekstrak asam jawa
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar pati santan




Cara-cara:

  1. Masukkan tauge, kerang, kerisik, bahan-bahan yang dikisar tadi dalam mangkuk. Gaul sebati.
  2. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  3. Sedia untuk dihidang.



Resepi Oleh Erny Yusniza Saad 
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post