Koleh Kacang Sedap & Lembut, Senang Sukat Guna Cawan Je.

Koleh Kacang Sedap & Lembut, Senang Sukat Guna Cawan Je.

Ramai beranggapan susah nak buat Koleh Kacang, tetapi kena gaya dan ikut step yang betul, ia sangat mudah. Tak percaya anda boleh cuba resipi dan cara disarankan dalam resipi yang dikongsikan di bawah ini.

Koleh Kacang Sedap & Lembut, Senang Sukat Guna Cawan Je.

 

Gerenti anda tak percaya hasilnya, apa yang penting cuba dulu membuatnya.

BACA JUGA:Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap
loading...

KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 1/2 cawan gula merah
4 sudu makan gula halus | jika nak kurangkan manis boleh dikurangkan jadi 70gm
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Bahan B :
1 cawan tepung kacang hijau
1sudu teh garam
2 cawan santan pekat
5 cawan air
Bahan Tahi Minyak :
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam garam halus

  • Campurkan kedua bahan ni dan masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau hingga menjadi tahi minyak dan berwarna kekuningan.
  • Tutup api dan ketepikan.

loading...

CARA MEMASAK :
1. Masak bahan-bahan A sehingga mendidih atau gula hancur, tapiskan menjadi 2 cawan air gula (jangan sampai pekat sangat). Biarkan sejuk.
2. Satukan bahan B, kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
3. Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau di atas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.
4. Jangan terlalu pekat, masukkan 1 1/2 sudu makan minyak supaya berkilat
5. Bila masak tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastik dan disapu marjerin.
6. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
7. Setelah sejuk boleh potong dan hidangkan

INFO: Sebaiknya, buat tahi minyak dahulu. Semasa buat tahi minyak, selepas masak, tapiskannya, ambil minyak lebih kurang 1 1/2 sudu makan dan campurkan dalam adunan Koleh Kacang semasa direnehkan.





________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post