Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap

Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap

Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Puri perkongsian saudara Faizal Iqmal.

Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap


Lembut, gebu dan nampak sedap. Kelim guna acuan karipap je. Mudah kan? Nak cuba? Ini resipinya.

BACA JUGA:Buat Sendiri Kuih Peria Sedap & Lembut. Begini Cara-Caranya
loading...

RESIPI APAM PURI SEDAP


BAHAN KULIT APAM:

2 cawan tepung gandum 
1 biji telur
1/2 paket yis 
4 sudu besar gula 
2 cawan air
Sedikit garam 
Sedikit pewarna (ikut suka nak warna apa ) 

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan sampai sebati, perap lima minit.
2. Panaskan kuali, sendukkan adunan secukupnya. Biarkan masak.



3. Angkat, letak pada acuan karipap dan sudukan inti kastard secukupnya.
4. Tutup acuan dan biarkan kulit apam melekat sempurna. Jika tiada acuan, boleh picit hujung kulut menggunakan jari sahaja.


loading...




5. Apam Puri sedia untuk dinikmati.


BAHAN INTI APAM PURI KASTARD:
1 cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung kastad 
1 cawan gula 
3 cawan air
Sedikit pewarna kuning 

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan diatas ked ala periuk bersesuaian. Kacau sampai sebati
2. Hidupkan api kecil dan masak hingga likat.
3. Sejukkan dan sedia untuk digunakan untuk membuat Apam Puri.

Kredit resipi & foto: Faizal Iqmal  via Rasa




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post