Kutu beras atau turut dikenali sebagai grain weevil ini memang selalu sangat ditemui dalam beras atau tepung, lagi-lagi yang dah disimpan lama.
BACA JUGA:Cara Hilangkan Ketuat Dengan Menggunakan 2 Bahan Ini Sahaja, Memang Berkesan!
(Sumber: Pink Apple Channel)
Haiwan ini tidak seharusnya dibiarkan bersarang dalam bekas atau plastik simpanan beras kerana ia boleh merosakkan kualiti beras. Jadi, seeloknya kita mencari jalan untuk menghalau dan elakkannya dari berternak di dalam beras.
6 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Halau Dan Elakkan Kutu Beras
1. Keringkan Beras
Paling mudah untuk hilangkan masalah ini ialah dengan meletakkan beras di atas dulang. Kemudian, jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
2. Cili Kering
Masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalaunya.
3. Bawang putih
Kutu beras tidak sukakan bau-bauan. Jadi, ia boleh menghalau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat dan boleh menghilangkan kutu beras.
4. Daun Pudina
Daun pudina perlu lah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian dikisar untuk jadi serbuk. Masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan.
5. Daun Limau Purut
Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau haiwan perosak itu dari menghuni bekas simpanan beras. Cara ini juga dapat memastikan beras anda kekal wangi.
6. Kulit Kayu Manis
Letakkan kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu mampu menghalau haiwan itu dari bekas beras. Cara ini mudah sahaja. Letak sahaja setengah batang kulit kayu manis dah cukup.
Enam petua ini sangat berkesan dan mudah untuk menghalau haiwan perosak itu. Bagi anda yang mempunyai masalah grain weevil, segera lah cuba petua ini, baru lah beras kita berkualiti dan jimat masa ketika memasak kerana kita tidak perlu basuh beras berkali-kali untuk memastikan ia betul-betul bersih.
Kredit: Leha Yusuf via Kongsi Resepi, Petua & Tips
Post a Comment