Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak. Resipi Mudah & Sangat Sedap

Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak. Resipi Mudah & Sangat Sedap

Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya Kuih Lepat Kacang Hijau yang dikongsikan oleh saudara Muhamad Fadzul Ilahi Azhar ini.

Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak. Resipi Mudah & Sangat Sedap


Jarang sekali kita mendengar atau rasa namun bila tengok pada rupanya, kelihatan sangat sedap dan menyelerakan. Menurut beliau menu ini adalah dari air tangan ibunya. Wow…Patutlah sangat menyelerakan. Jom cuba buat puan-puan.

BACA JUGA:Guna 3 Bahan Je Buat Kuih Sagu Yang Sedap & Gerenti Jadi.

CARA MASAK KUIH LEPAT KACANG HIJAU


BAHAN-BAHAN:
150gm tepung beras 
50gm tepung jagung 
1 cawan gula merah 
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan) 
1 1/2 cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu) 
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung beras, tepung jagung, santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati.

2. Tapiskan ke dalam periuk dan buka api perlahan. Masukkan gula, gula merah dan garam.

3. Kacau sampai pekat likat dan jangan berhenti kacau. Kalau berhenti, adunan akan berketul. Bila adunan sudah sedikit pekat, masukkan kacang hijau.

4. Biarkan adunan sejuk sikit baru masukkan ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.

5. Kukus Kuih Lepat Kacang Hijau hingga masak kemudian sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.





Kredit resipi & foto: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar




Resepi Oleh Rasa
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post