Masak Lemak Putih Daun Cekur Ikan Keli

Masak Lemak Putih Daun Cekur Ikan Keli

Hidangan yang berlemak rasanya ini memang sangat enak dinikmati panas-panas bersama nasi dan ulam-ulaman. Resepinya juga mudah untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Shiqin Sukur di laman Facebook.

Masak Lemak Putih Daun Cekur Ikan Keli




BACA JUGA:Resepi Kengsom Siakap

Bahan-bahan:

  • 8ekor ikan keli(disalai sedikit garing)
  • Santan kelapa
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 15 helai daun cekur(dihiris)
  • Sebiji bawang merah
  • Seulas bawang putih
  • 10 biji cili api hijau+merah (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Asam keping
  • Garam
  • Bahan perasa


Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali atau periuk yang dicampurkan sekali dengan santan dan serai.
  3. Masuk menggunakan api perlahan dan pastikan sentiasa dikacau.
  4. Setelah mendidih, masukkan daun cekur, asam, garam dan serbuk perasa.
  5. Tunggu beberapa minit (1-2 minit) dan masukkan ikan keli.
  6. Setelah masukkan ikan sekitar 4-5 minit, matikan api. Jangan masak terlalu lama dikhuatiri ikan akan hancur.
  7. Sedia untuk dihidang.



Resepi OlehShiqin Sukur
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post