Pulut Kacau Utara Cukup Rasa Lemak Dan Manisnya

Pulut Kacau Utara Cukup Rasa Lemak Dan Manisnya

Mulut terasa nak makan yang manis-manis. Memang dah lama tak merasa wajik atau di utara panggil pulut kacau utara.

Pulut Kacau Utara Cukup Rasa Lemak Dan Manisnya


Rasanya yang manis bukanlah sekali hadap, bak kata orang sebagai dessert selepas makan. Ada peminat tak? Kalau ada yang nak mencuba buat, dikongsikan caranya.

BACA JUGA:Puding Kastard Roti Dan Jagung Berkrim



PULUT KACAU UTARA
Bahan-bahan:
5 cawan santan pekat
3 cawan pulut susu
2 cawan gula merah(masak dgn sedikit air)
1/2 cawan gula putih
secubit garam
daun pandan(disimpul)



Cara membuat:
1.Rendam pulut 2-3 jam. Kemudian kukus sehingga masak.
2.Masak gula merah dengan sedikit air sehingga larut.



3.Masukkan santan, gula merah, gula putih, garam dan daun pandan ke dalam kuali.
4.Masak sehingga menjadi pekat dan bertali. Masukkan pulut tadi.Kacau sehingga sebati semua bahan.
5.Dah masak terus tuang ke dalam loyang atau bekas.

Kredit: Siti Hadirah




________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post