Cara Buat Kopi Ais Sedap Kaw Kaw. Segelas Memang Tak Cukup!

Cara Buat Kopi Ais Sedap Kaw Kaw. Segelas Memang Tak Cukup!

Dalam cuaca panas macam sekarang ni, tekak asyik haus dan nak minum air sejuk je kan? Jom cuba resipikopi ais padu yang kaw kaw ni. Sungguh nikmat dan menyegarkan. Memang perfect rasa dia!

Cara Buat Kopi Ais Sedap Kaw Kaw. Segelas Memang Tak Cukup!


Ikuti resipi lengkapnya di bawah. Perkongsian oleh Saudara Ben Safwan.

BACA JUGA:Puding Kastard Roti Dan Jagung Berkrim

Selamat Mencuba!

Cara Buat Kopi Ais Yang Kaw Kaw




Serbuk kopi premium Ben guna tu warna hitam dia tak terlalu terang. Sebab pilih yang roasted sederhana. – Ben Safwan

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan serbuk kopi pilihan
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • Ais

Cara-cara Membuatnya:

1. Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.

2. Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh, nikmat!

3. Boleh simpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.




Resepi Oleh Resipi & Foto : Ben Safwan via Rencah Rasa
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post