Cara Masak Nasi Air Pantai Timur Yang Mudah & Menyelerakan!

Cara Masak Nasi Air Pantai Timur Yang Mudah & Menyelerakan!

Entri kali ini kami kongsikan resipi nasi air Pantai Timur yang mudah dan sangat menyelerakan. Bagi sesiapa yang pernah makan nasi air Pantai Timur ini pasti tidak dapat melupakan kelazatan rasa nasi airnya.

Cara Masak Nasi Air Pantai Timur Yang Mudah & Menyelerakan!


Sangat berbeza dengan nasi air di negeri lain. Mungkin cara, kaedah dan bahan yang dimasukkan itu berlainan daripada yang biasanya kita makan. Jom cuba buat sendiri ikut resipi ni. Pasti puas hati.

BACA JUGA:Resepi Nasi Kerabu Kelantan Terlajak Sedap

Resipi Nasi Air Pantai Timur

Bahan Buat Sup/Kuah:

  • Sedikit minyak masak
  • 10 ulas bawang putih (ketuk)
  • 3 inci halia muda (ketuk)
  • Akar daun sup
  • Kicap (agak2)
  • Daging/ayam
  • Meatball
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 btg serai (ketuk)
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan ketuk sampai naik bau, masukkan air, akar daun sup, serai, daging, metball, kiub ayam, sos ikan dan kicap.
  2. Apabila daging sudah empuk, perasakan dengan garam.
  3. Siap

Bahan-bahan Air Cili :

  • Cili kecil merah
  • Sedikit air
  • Sedikit cuka
  • 1 sb garam dan gula

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di atas.

Untuk Minyak Bawang Putih

Bahan-bahan :

  • 10 ulas bwg putih potong dadu.

Cara Penyediaan:

  1. Tumis dengan minyak banyak  sampai bawang kekuningan.
  2. Siap

Untuk Lada Jeruk

Bahan-bahan:

  • Sedikit air
  • Cuka
  • Gula
  • garam

Cara Penyediaan:

  1. Hiris cili besar letak air sikit, cuka, gula, garam ikut citarasa.
  2. Kacau hingga sebati dan siap.

LAIN-LAIN

  • Hirisan limau nipis
  • Ikan bilis goreng
  • Sayur yg di celur (kangkung/sawi)
  • Daun sup

Untuk Nasi

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Air



Cara Penyediaan:

  1. Masakkan beras seperti nak buat nasi air atau bubur nasi anak.
  2. Kemudian kisar sekejap.

Selamat Mencuba!



Resepi Oleh Resipi & Foto: Noremah Ahmad Via MAHN via Rencah Rasa
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post