Brownie Cookies

Brownie Cookies

Bayangkan biskut yang digabungkan bersama brownies – bunyinya menarik, bukan? 

Brownie Cookies

 


Rasa yang enak dan tekstur yang kenyal pasti akan memikat hati anda. Resepi ini dikongsikan oleh Rin Norin di laman Facebook.

BACA JUGA:Resepi Biskut Choc Chips Crunchy Yang Enak, Nak Buatnya Juga Sangat Mudah. Tak Cukup Sebalang!

Bahan-bahan:

  • 700 g coklat gelap
  • 200 g Buttercup
  • 7 biji telur gred B
  • 400 g gula perang
  • Esen vanila (saiz 1 penutup)
  • 200 g tepung gandum

Cara-cara:

  1. Menggunakan kaedah double boil, cairkan Buttercup dan coklat. Setelah cair, biar coklat sejuk.
  2. Pukul rata telur, gula perang dan esen vanila.
  3. Setelah gula hancur, masukkan adunan coklat yang dicairkan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
  5. Masukkn adunan dalam beg piping dan picit di atas loyang.
  6. Bakar di dalam ketuhar menggunakan suhu 150°C selama 15 minit.



Resepi Oleh Rin Norin
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post