Biskut Bangkit Cheese

Biskut Bangkit Cheese

Satu lagi resepi biskut raya terbaru yang wajib anda cuba tahun ini ialah biskut bangkit keju. 

Biskut Bangkit Cheese

 


Bayangkan keenakan kuih bangkit dan keju yang mencair di dalam mulut, memang padu! Resepi ini dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di laman Facebook.

BACA JUGA:Brownie Cookies

Bahan-bahan:

  •  3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tepung menjadi ringan) (diayak)
  • 3 cawan tepung jagung (diayak)
  • 1 ketul Buttercup
  •  250 g krim keju
  •  1 cawan gula halus (bergantung kepada kemanisan)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik  (diayak)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 ketul keju Cheddar (diparut)



Cara-cara:

  1. Putar Buttercup dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan krim keju, esen vanila dan kuning telur. Putar hingga adunan kembang dan sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar seketika,
  4. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
  5. Masukkan keju parut dan gaul sebati.
  6. Jika doh kekurangan, tambah tepung ubi.
  7. Biarkan doh selama beberapa minit, kemudian tekap acuan.
  8. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 30 minit mengikut ketuhar masing-masing.



Resepi Oleh  SuiSan Aliezsha
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post