Resepi Spageti Bebola Daging

Resepi Spageti Bebola Daging

Resepi Spageti Bebola Daging

Resepi Spageti Bebola Daging




BACA JUGA:Cara Masak Bihun Goreng Paling Senang. Gerenti Sedap & Menjadi!

Bahan – Bahan :

Bahan Kuah:

2 biji kentang | dicincang
6 biji lada benggala |dipotong dadu kecil
2 biji tomato | dicincang
250 ml air panas
2 sudu makan minyak zaitun
2 ulas bawang putih | dihiris halus

Bahan Bebola Daging:

250 gm daging kisar
20 gm serbuk roti
2 biji telur
10 gm jintan putih
10 gm lada hitam yang ditumbuk
10 gm daun oregano
10 gm garam
1 ulas bawang putih | dicincang
1 biji bawang | dicincang
10 gm parsli segar | dicincang
200 gm spageti | rebus seketika sehingga lembut




Cara Memasak:

1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan lada benggala dan tomato. Kacau rata.

2. Kemudian masukkan air dan kentang. Kacau rata sehingga mendidih dan kentang lembut. Ketepikan.

3. Untuk membuat bebola daging, satukan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan. Gaul rata sehingga sebati.

4. Ambil sedikit adunan seberat 15 gm dan bentuk menjadi bulat.

5. Masak air sehingga mendidih dan masukkan adunan tadi. Rebus selama enam minit. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan bersama spageti.

6. Tuangkan kuah sos tadi di atasnya.
Resepi Oleh resepibonda



Resepi Oleh
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post