Resepi Sup Ayam Thai

Resepi Sup Ayam Thai

Hidangan bersup memang enak dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi. Ianya mengenyangkan dan cukup menyihatkan. Resepi ini dikongsikan oleh Tengku Syazwanie di laman Facebook.

Resepi Sup Ayam Thai




BACA JUGA:Cara Masak Ayam Kicap Jawa Style

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Bawang merah (dimayang)
  • Bawang besar (dimayang)
  • Serai
  • Hirisan lemak ayam
  • Air
  • Ayam
  • Sup bunjut
  • Lobak merah
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun ketumbar
  • Perahan asam limau nipis









Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih, halia, bawang merah dan bawang besar Bersama hirisan lemak ayam sehingga naik bau dan layu.
  2. Masukkan air. Setelah hamper mendidih, masukkan ayam, sup bunjut, lobak merah dan biarkan seketika.
  3. Masukakkan sos ikan, tomato dan daun limau purut.
  4. Letakkan garam dan serbuk perasa.
  5. Setelah ayam masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis.
  6. Sedia untuk dihidang.
Resepi Oleh Tengku Syazwanie



Resepi Oleh
________________________________________________________
Untuk dapatkan tips, petua dan masakan kegemaran dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post