Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka.
BACA JUGA:Bila minta duit belanje, ayah campak. Duit PTPTN, mak ayah rembat. Bila dh keje, sibuk nk mkn hasil anak2
Sebagai ibubapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka, biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu.
Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi. Jgn sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dgn kita, smua serba serbi kita yg sediakan kat dia, kita jadi kesian kat anak, kita “simpan” dia dlm rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya. Sampai bila kita mampu buat mcm tu?
Dia perlu menghadapi kenyataan yang kini dia sendiri.
Itu adalah cabaran yang dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih untuk menubuhkan rumahtangga. Dia perlu fkir akan smua itu dahulu sblum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin.
Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu merancang masa depannya. Perkahwinan bukannya satu perkara yang boleh dibuat main2 atau suka2. Dia kena bertanggungjawab terhadap org yang dikahwininya.
Biar dia tinggal dalam rumah sewa yang kecil, biar dia naik motor dgn pasangannya ke tempat keje, biar dia xde kereta, biar dia kena hujan, biar dia makan dan pakai apa yg ada, biar dia rasa apa itu pokai, apa itu “tgh bulan ”, biar dia “ikat perut”, biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang untuk melayari hidup berumahtangga, supaya dia tahu untuk bersyukur akan apa yang dia dah ada dan dapat selama ini, supaya dia tahu untuk lebih menghargai siapa yang ada. bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nk membina kehidupannya.
Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yang bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik. Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dengan cukup2 baik. Maka sekrg, masa untuk melihat hasilnya.
Kredit : Firdaus Shakirin via
Post a Comment